Dr. Asri akan masuk DAP akhir bulan ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 15, 2013

Dr. Asri akan masuk DAP akhir bulan ni?

Aku lebih suka kalau Dr. Asri tak masuk mana-mana parti politik dan tak bertanding dalam pilihanraya. Pasainya kalau dia masuk parti politik, kenyataan dia akan jadi tak lagi tajam dan menyengat macam sekarang.

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui perbincangan sedang diadakan berkaitan dengan soal bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan membuat pendirian menjelang akhir bulan ini.

"Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam. - Sinarharian.    
Tahun lepas aku ada tulis pasai pendirian politik Dr. Asri ni
Katanya sekarang ni ada usaha untuk bawak masuk Dr. Asri ke dalam Pakatan Rakyat, depa tengah melobi Dr. Asri untuk masuk DAP. Ya, bukan PAS atau PKR tapi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sumber khabar angin tu jugak bagitau, kemasukkan Dr. Asri tu disokong ramai intelektual dan ahli akademik melayu di pusat pengajian tinggi. - Ibid.
Dalam satu lagi posting aku ada ulas laporan Antarapos:
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.

Antarapos difahamkan Mohd Asri akan diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman. - Ibid.
Tak mustahil jugak kemungkinannya Dr. Asri akan bertanding atas tiket PAS pasai memang ada khabar angin yang kata ada banyak kali jugak wakil dari PAS pi 'meminang' Dr. Asri dan katanya rombongan tu kata hasil perbincangan tu positif.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, aku lebih suka kalau Dr. Asri tak masuk mana-mana parti politik dan tak bertanding dalam pilihanraya.
Pasainya kalau dia masuk parti politik, kenyataan dia tak lagi tajam macam sekarang. Kenyataan dia akan terus dilabel sebagai kenyataan orang politik. - Ibid.
Tambah-tambah kalau betut PR berjaya tewaskan BN masa PRU13 nanti, orang macam Dr. Asri amat perlu untuk jadi pengkritik Pakatan Rakyat. - Ibid.
Tapi, kalau Dr. Asri nak masuk jugak parti politik dan bertanding dalam PRU13, aku lebih suka kalau dia masuk DAP, lebih daring dan lebih kontroversi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang pre

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...