Pemecah berita khabar angin - Dr. Asri akan masuk DAP? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 14, 2012

Pemecah berita khabar angin - Dr. Asri akan masuk DAP?

Katanya sekarang ni ada usaha untuk bawak masuk Dr. Asri ke dalam Pakatan Rakyat, depa tengah melobi Dr. Asri untuk masuk DAP dan kemasukkan Dr. Asri tu disokong ramai intelektual dan ahli akademik melayu di pusat pengajian tinggi.

Khabar angin ni aku dapat semalam. Entah betul atau tak aku tak pasti. Cumanya bila sanad perawi yang bagitau kat aku tu memang jenis orang yang boleh dipercayai, kemungkinan besarnya khabar angin tu memang ada kebenarannya.

Perawi khabar angin tu dari sanad DPP sampai ke DPP Pusat dan untuk golongan yang tak berapa nak respek Dewan Pemuda PAS Pusat, suka aku nak bagitau yang perawi tu bukan dari golongan 'murabbi'.
Katanya sekarang ni ada usaha untuk bawak masuk Dr. Asri ke dalam Pakatan Rakyat, depa tengah melobi Dr. Asri untuk masuk DAP. Ya, bukan PAS atau PKR tapi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sumber khabar angin tu jugak bagitau, kemasukkan Dr. Asri tu disokong ramai intelektual dan ahli akademik melayu di pusat pengajian tinggi.

Khabarnya lagi Dr. Asri bukan setakat akan masuk DAP tapi akan bertanding kerusi Parlimen atas tiket DAP dalam PRU13 nanti.

Sungguh, kalau orang lain aku taktau tapi kalau Dr. Asri memang aku tak heran kalau betul dia masuk DAP menjelang PRU13 nanti. Benda-benda kontroversi macam ni Dr. Asri memang mampu dan sanggup buat.

Cuma satu benda yang aku pilih untuk tak bersetuju dengan perawi khabar angin tu. Dia kata antara plannya adalah untuk lantik Dr. Asri jadi PM kalau Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan Umno BN.

Aku tak nampak plan tu boleh berjaya. Pertama sekali kalau ikut status quo, DAP bertanding tak sampai pun setengah dari kerusi yang Pakatan Rakyat bertanding dan aku yakin status quo tu tak berubah untuk PRU13 nanti. Jadinya tak mungkin DAP boleh ada kuasa untuk tentukan Perdana Menteri.

Yang keduanya, masih lagi ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang 'beriman' dengan konsep feudal. Maksud aku, aku berkeyakinan penuh yang institusi istana takkan setuju wakil dari DAP jadi Perdana Menteri dan tak berapa orang sangat dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup 'sembah derhaka' menyanggah 'firman' dari istana.

Apa pun, aku yakin khabar angin ni ada asasnya. Paling kurang pun dengan tujuan untuk membuktikan yang DAP bukan parti orang cina.


Lagi satu, macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku lebih suka Dr. Asri tak sertai mana-mana parti politik. Tambah-tambah kalau betut PR berjaya tewaskan BN masa PRU13 nanti, orang macam Dr. Asri amat perlu untuk jadi pengkritik Pakatan Rakyat.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...