Kenyataan Setiausaha Kerja Umno merangkap Ketua Umno Bukit Bintang bagitau yang ada 100 ulama' muda terpelajar nak masuk Umno termasuk Dr. Asri buatkan ramai pihak yang melahirkan rasa terkejut.
Di pihak Pakatan Rakyat rata-rata menyuarakan tidak bersetuju kalau benar Dr. Asri ingin meyertai Umno. Pada pendapat depa Dr.Asri yang dilihat vokal dalam membela Islam sangat tidak sesuai berada di dalam Umno
Di pihak Umno pulak rata-rata mengalu-alukan berita kemungkinan penyertaan Dr. Asri Umno yang dikatakan akan menyertai Umno cawangan Dataran Merdeka Sabtu ini. mereka berpendapat dengan Dr. Asri menyertai Umno dan tidak memilih wadah Pas, satu pukulan untuk PAS yang mengaku memperjuangkan Islam.
Delain tu ada jugak yang kata Dr. Asri tak patut masuk parti politik. Pasainya kalau dia masuk parti politik, kenyataan dia tak lagi tajam macam sekarang. Kenyataan dia akan terus dilabel sebagai kenyataan orang politik.
Dari sudut lain tidak mustahil ada dari kalangan Umno sendiri yang tidak suka jika Dr. Asri masuk Umno. Mungkin depa nampak penyertaan Dr. Asri ke dalam Umno akan lagi menyusahkan Umno. Mungkin depa tengok tindak tanduk Dr. Asri masa jadi Mufti Perlis banyak kenyataan dia yang jelas terang menghentam Umno termasuk dalam tulisan dia di dalam kolun dalam Mingguan Malaysia.
Mungkin depa rasa kalau Dr. Asri masuk Umno bersama 100 ulama' muda terpelajar tu akan lebih memecah-belahkan Umno. Oleh tu penyertaan golongan Agama secara ini beramai-ramai ini perlu disekat.
Walaupun begitu, usaha untuk sekat penyertaan golongan ini secara beramai-ramai tidak boleh dibuat secara terang-terangan. Pasainya dalam Umno sendiri cukup ramai yang nak Dr. Asri masuk Umno.
Jadi, bila timbul isu "pengganas JI' baru-baru ini, kesempatan digunakan untuk mengaitkan sekali nama Dr. Asri dengan "pengganas JI" termasuk pegangan Wahabi turut dikatakan ada kaitan dengan "Pengganas JI". Turut dikaitkan juga adalah nama Presiden PAS, TG Hj Hadi.
Tindakan tu boleh jadi serampang dua mata, untuk "memburukkan" nama Dr. Asri dan jugak mengharapkan Dr. Asri nagi respon yang negatif kepada tindakan kerajaan tu.
Hasilnya, Dr. Asri bersama Mufti Perlis telah mengeluarkan kenyataan media "membelasah" BN kerana mengaitkan nama mereka dengan "Pengganas JI".
Kenyataan Media tersebut senada dengan kenyataan Pakatan Rakyat yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang mendakwa ada gerakan pengganas.
Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya Dr. Asri besar kemungkinan tak akan menyertai Umno.
Apa pun, ini adalah teori peribadi aku. Mungkin tidak betul tapi mungkin jugak betul. Mungkin jugak tu semua idea dari APCO.
Cenangau Daunkari
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10