Betul jugak ka orang PAS Johor nak Salahuddin jadi MB ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 09, 2013

Betul jugak ka orang PAS Johor nak Salahuddin jadi MB ?

Kalau tengok kepada facebookers yang 'LIKE' page rasmi Salahuddin Ayub pun nampak macam seakan mengiyakannya. Tak berapa nak logik calon Menteri Besar Johor cuma dapat 'LIKE' takat tu ja.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. - Hrkh.
Itu bentuk keyakinan dari mulut pemimpin PAS yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri besar Johor andai kata Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan Umno BN di Johor.

Persoalannya sekarang ni, setakat mana keyakinan dan kerja buat ahli PAS sendiri di Johor untuk merealisasikan hasrat PAS tu.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat.

"Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi. - Ibid.
Ahli dan penyokong PAS di Johor kena sahut cabaran Salahuddin Ayub tu. Kalau betul depa memang nak Salahuddin Ayub dilantik jadi Menteri Besar Johor, itulah angka yang depa kena cari habis-habisan.

Memang angka 45% tu cukup tinggi, tambah-tambah lagi untuk negeri Johor yang juga sebelum ni terkenal dengan jolokan Darul Umno.

Tapi itu cerita dulu, cerita sebelum PRU12. Jalan cerita sekarang ni semakin berubah dan rakyat Johor semakin berani untuk bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Dan menjadi tanggungjawab ahli dan penyokong PAS untuk merubah terus jalan cerita tu supaya diakhirnya Johor boleh digelar sebagai negeri kuburan Umno.

Apa pun, aku sikit prejudis dengan keyakinan ahli dan penyokong PAS Johor. Memang ramai yang dah pasang angan-angan macam tu tapi masih lagi tak merata.

Masih ramai ahli dan penyokong PAS termasuk juga di peringkat pimpinan yang berangan-angan sekadar  untuk kurangkan kuasa 2/3 Umno BN di Johor.

Masih ramai yang sinis dengan cita-cita nak angkat Salahuddin sebagai Menteri besar Johor selepas PRU13 nanti.

Kalau tengok kepada facebookers yang 'LIKE' page rasmi Salahuddin Ayub pun nampak macam seakan mengiyakannya. Setakat aku tulis ni yang LIKE cuma seramai 1,752 sahaja. Tak berapa nak logik calon Menteri Besar cuma 'LIKE' takat tu ja.

Takkan kut ahli dan penyokong PAS Johor sendiri tak suka kat Salahuddin Ayub.


Salahuddin bin Ayub (Official Page)
Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
https://www.facebook.com/Salahuddin.Bin.Ayub
Page: 1,752 like this.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...