Sangat-sangat tak mulia kalau kita keji wakil rakyat Umno yang berlagak bos tapi dalam masa yang sama ada jugak wakil rakyat kita yang tak sedar diri yang berlagak macam bos.
Harakahdaily melaporkan:
KUANTAN: “Cukuplah budaya ini. Sebelum berkuasa, mereka datang merayu undi. Lepas kita beri kuasa pada mereka, kita pula yang takut pada mereka.”
Begitulah nasihat Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada para hadirin yang menghadiri ceramah di Kampung Kempadang, Kuantan malam semalam. - Hrkh.
Jugak dilaporkan:
“Wakil rakyat sepatutnya pekerja untuk rakyat. Ini tidak, dia pula jadi bos rakyat. Cukuplah. Ambil peluang di PRU13, jangan pilih bos, tapi pilih jadi bos,” kata beliau ketika ditanya Harakahdaily selepas ceramah. - Ibid.Ingatan tu sebenarnya Ust Tuan Ibrahim bagi kepada pengundi supaya tak pilih calon Umno BN yang memang sejak dari dulu lagi bila menang sentiasa jadi bos. Dan memang pun dari segi roh demokrasi pilihanraya, rakat adalah bos dan wakil rakyat sebenarnya makan gaji dengan rakyat.
Malangnya selama ni rakyat tertipu oleh Umno yang sentiasa berlagak sebagai bos.
Apa pun, aku suka tengok dari sudut lain. Ingatan dari Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ni patut diambil ingat oleh semua bakal calon PAS.
Samaada yang belum pernah menang ataupun yang sedang jadi wakil rakyat, jangan sekali-kali rasa diri macam bos bila pegang gelaran wakil rakyat, tambah-tambah lagi bila dah dapat pangkat dari istana.
Sangat-sangat tak mulia kalau kita keji wakil rakyat Umno yang berlagak bos tapi dalam masa yang sama ada jugak wakil rakyat kita yang tak sedar diri berlagak macam bos.
Ingatan dari Ust Tuan Ibrahim tu jugak perlu dijiwai oleh pimpinan PAS pusat sendiri dan PAS Pusat perlu bagi amaram keras kepada semua bakal calon PAS untuk PRU13 nanti.
Kalau ada dari kalangan calon PAS untuk PRU13 yang nampak terutama sekali wakil rakyat sediada yang berlagak macam bos, depa-depa ni tak sepatutnya dipilih lagi sebagai calon.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang preju