Najib pun jenis bangang tak paham bahasa rupanya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 28, 2013

Najib pun jenis bangang tak paham bahasa rupanya

Kalau nak bela Ust Nasha pun, agak-agak sama la, fakta biar la tepat. Malu kat orang luar kalau depa tau Perdana Menteri Malaysia pun main belasah langsung tak semak fakta.

Malaysiakini melaporkan:  
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.
Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib. - Mkini.     
Takkan Najib nak tuduh Majlis Syura' PAS penipu kot? Takkan la Majlis Syura' nak menipu bab ni. Kan dah sah-sah Ust Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura bagitau Majlis Syura' bincang pasai itu tu pada 13 Januari 2013.

Bukan pecat selepas lawatan ke Gaza tapi cuma diwar-warkan pemecatan tu selepas lawatan ke Gaza. Kalau pun mungkin Najib tak tengok media baru takkan pegawai media dia pun tak baca jugak, tak patut sangat.

Kalau nak bela Ust Nasha pun, agak-agak sama la, fakta biar la tepat. Malu kat orang luar kalau depa tau Perdana Menteri Malaysia pun main belasah langsung tak semak fakta. Malu la ada PM yang bangang tak faham bahasa.

Bab saja simpan 'berita gembira' pemecatan Ust Nasha dari Majlis Syura' tu aku dah ulas sebelum ni dalam posting bertajuk "Kenapa Majlis Syura' simpan lama berita gembira macam ni?"

Memang terbukti stategi sorok berita tu sangat tepat. Keputusan Majlis Syura pecat Ust Nasha tu sangat tepat bila terbukti lepas keputusan tu dibuat Ust Nasha buat perangai lagi dengan ikut Najib ke Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, mStar melaporkan:
KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin. - mStar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...