Harakahdaily kata Ust Nasha tak buat salah, cuma tak boleh bagi komitment? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 28, 2013

Harakahdaily kata Ust Nasha tak buat salah, cuma tak boleh bagi komitment?

Cara laporan tu ditulis nampak macam Ust Nasha tak buat apa-apa kesalahan pun, cuma dia tak boleh bagi komitment dengan Majlis Syura' saja.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Pengguguran keanggotaan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS tidak ada kena mengena dengan tindakan beliau menyertai lawatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin 22 Januari lalu.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, pengguguran itu sebaliknya dibuat 13 Januari lalu lagi selepas Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok itu tidak mampu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan Majlis Syura terhadap ahli-ahlinya. - Hrkh
Harakahdaily juga melaporkan:
"Beliau tidak memberi komitmen yang baik kepada Syura termasuklah kerap tidak hadir ke mesyuarat.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas putar belit media arus perdana kononya Nasharudin digugurkan kerana mengiringi Najib ke Gaza Selasa lalu.

Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, Majlis Syura pernah membuat teguran terhadap komitmen Nasharudin beberapa kali ketika beliau masih hadir ke mesyuarat Majlis itu sebelum ini.

Bagaimanapun jelasnya, bekas timbalan presiden PAS itu dilihat tidak mampu untuk mematuhi arahan dan menerima teguran dari badan tertinggi PAS itu.

"Walau bagaimanapun beliau masih ahli PAS dan Majlis Syura mengharapkan sumbangan berterusan beliau untuk membantu PAS.

"Beliau masih boleh memberi sumbangan sama macam ahli PAS yang lain walaupun beliau tidak lagi menjadi ahli Majlis Syura PAS," katanya lagi. - Ibid.
Apa sebenarnya Ust Niz Zawawi dan Harakahdaily nak bagitau ni sebenarnya?

Takkan kut nak bagitau yang Ust Nasha dipecat dari Majlis Syura cuma pasai tak hadir mesyuarat kut? Takkan nak bagitau yang kesalahan Ust Nasha sebenarnya tak besar mana pun kut? Kalau dibaca laporan tu, memang nampak macam tu persepsi yang nak ditanam.

Cuma 2 alasan Ust Nik Zawawi bagi iaitu tak boleh bagi komitment dan juga tidak mampu untuk mematuhi arahan dan menerima teguran dan cara laporan tu ditulis nampak macam Ust Nasha tak buat apa-apa kesalahan pun, cuma dia tak boleh bagi komitment dengan Majlis Syura' saja.

Semalam Sinarharian melaporkan:
HAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. - Sinarharian.
MalaysianInsider pula antara lain melaporkan:
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut. - TMI.
Dalam MalaysianInsider tu juga dilaporkan:
Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...