Yang paling aku tak boleh terima bila aku dengar cerita bekas menteri Umno ni sampai tahap pi jumpa YDP PAS satu kawasan, siap ugut kata kalau bukan dia yang jadi calon, calon PAS kat situ akan kalah.
Harakahdaily melaporkan:
Penampilan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tetap tidak berubah, sama seperti gayanya semasa menteri kabinet dahulu; kemas dan rapi, masih dengan bow tie, ramah dan ceria.
Ketika berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah, petang 21 Januari lalu, tujuan asalnya hanya untuk "melawat rakan-rakan wartawan", selain bertemu Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS selepas itu.
"Boleh saya melawat pejabat Harakah, nak tengok kawan-kawan di sana bekerja?" suaranya jelas di hujung talian semasa saya makan tengahari Khamis 17 Januari. Tentunya hajat beliau amat saya alu-alukan. - Hrkh.
Naik melugai aku baca tulisan Lutfi Othman kali ni.
Bukan maksud aku tulisan Lutfi tu teruk tapi pasai dia 'jek' bekas Menteri Umno yang ada mahligai tah berapa buah tu yang aku tak tahan.
Sudah-sudah la kot melobi untuk jadi calon PAS. Tak payah la kut sampai ikut hampir semua program TG Presiden, siap tumpang mintak nak ceramah sama. Naik meluat aku tengok.
Tak habih-habih dok ulang kata Umno dulu ok, Umno sekarang teruk, naik meluat aku dengar. Bab dia sama teruk masa dalam Umno dulu tak pulak dia cerita. Setakat ni aku belum pernah lagi dengar dari mulut bekas menteri ni yang mengaku kesilapan yang pernah dia buat masa dia bersama Umno BN dulu.
Kalau betul ikhlas nak bantu PAS, tak payah jadi calon pun boleh bantu PAS. Malah kalau dia jadi calon PAS, dia bukannya membantu tapi sebaliknya aku rasa akan lebih menyusahkan PAS.
Lagi satu, kepada pimpinan PAS di peringkat pusat, tak payah la kut sungguh-sungguh sampai pi pujuk PAS kawasan terutamanya yang ada potensi besar untuk menang untuk terima bekas menteri Umno ni jadi calon.
Kalau betul bekas menteri Umno ni ada 'nilai tambah' yang katanya boleh tambah undi, pimpinan PAS pusat patutnya cadangkan dia bertanding di kerusi yang kalau ikut atas kertas memang PAS payah nak menang. Dengan 'nilai tambah' tu mungkin kerusi tu PAS boleh menang dan tambah kerusi PAS di dalam Parlimen.
Masalahnya, aku tak nampak pun orang Umno teruja dengan tindakan bekas menteri ni rapat dengan PAS, langsung aku tak pernah dengar cerita bekas menteri ni bawak masuk ramai ahli dan penyokong Umno tinggalkan Umno dan masuk PAS.
Kalau pun mungkin bekas menteri ni ada 'nilai tambah' tapi aku nampak 'nilai kurang' yang ada pada dia lagi banyak. Malah dengan keadaan dia sekarang ni, aku nampak cukup banyak ciri-ciri yang masih ada pada dia yang tak melayakkan dia jadi calon PAS.
Salah satunya cerita bab harta yang dia kumpul masa jadi pemimpin Umno dulu, yang aku cukup yakin dia dapat melalui rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mana mungkin kalau sekadar elaun yang dia pernah dapat, dia mampu miliki tah berapa buah mahligai yang nilainya berpuluh juta malah mungkin beratus juta.
Kalau la dia jadi calon PAS, memang penat la jentera pilihanraya nak tepis peluru yang tentu punya penchachai Umno akan guna berkaitan bekas menteri Umno ni. Bab isu rambut palsu kaler perang dia pun aku rasa dah payah jentera PAS nak jawab.
Yang paling aku tak boleh terima bila aku dengar cerita bekas menteri Umno ni sampai tahap pi jumpa YDP PAS satu kawasan, siap ugut kata kalau bukan dia yang jadi calon, calon PAS kat situ akan kalah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis