Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dahulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan Pas yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan.
Harakah cetak melaporkan:
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.
Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. - Hrkh.
Satu tindakan yang patutnya dah lama Majlis Syura' buat.
Yang aku mushkilnya, pasai apa Majlis Syura' macam simpan berita gembira ni. Berita genbira yang aku yakin sangat-sangat ditunggu-tunggu majoriti ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat. Keputusan tu pada 13 Januari, maknanya dekat seminggu berita gembira di disimpan.
Berita gembira nikalau tak silap aku mula sekali dikeluarkan semalam oleh Tarmizi Md Jam melalui blog SanggahTokSago yang juga seorang wartawan Harakah.
Aku suarakan kemushkilan aku tu dalam facebook dan sorang kawan facebook aku Atoq Long komen balas:
Logiknya mudah...kalau keluarkan lepas mesyuarat haritu nescaya berita keputusan majlis syura berkenaan kalimah Allah paper letak tepi...yang diulangnya berita nasha kena gugur....logikkan!! - Facebook.Satu alasan yang cukup logik dan memang patut sangat disebarluaskan.
Aku tak pasti Ust Nasha dah dapat berita ni awal atau pun tak. Tak pasti sama ada dia dah tau atau tidak yang dia dah dipecat dari jadi ahli Majlis Syura' masa ikut rombongan Najib ke Gaza hari tu.
Utusan sebelum ni ada melaporkan:
Ditanya apakah beliau berhasrat untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan Pas berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri, Nasharudin berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.Kalau tengok kepada jawapan Ust Nasha tu, nampak macam dia belum tau pasai berita pemecatan dia tu dan jawapan dia macam mengesahkan yang memang ada pimpinan PAS yang sokong tindakan dia tu, satu isu lain yang aku malas nak ulas kali ni.
"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dahulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan Pas yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli Pas yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini. - Utusan.
Nampaknya memang tepat stategi simpan dulu berita gembira ni, kalau tidak memang isu berkenaan kalimah Allah yang jadi agenda utama mesyuarat Majlis Syura' PAS tu akan tenggelam dengan isu pemecatan Ust Nasha dari Majlis Syura' tu.
Apa pun, aku harap hukuman ke atas Ust Nasha ni disertakan dengan amaran yang cukup keras. Pasainya walaupun Ust Nasha dah dipecat dari Majlis Syura' tapi dia masih dikekalkan sebagai ahli PAS dan dia pun masih lagi ahli parlimen PAS untuk parlimen Bachok.
Satu lagi, mungkin aku patut minta maaf kat Bang Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang sebelum ni aku 'tumpang' sifatkan dia sebagai 'patung'.
Tak mustahil Majlis Syura' pecat ust Nasha ni hasil tekanan dari Lajnah Politik PAS Pusat. Mungkin bang Mat Sabu walaupun nampak macam patung tapi buat kerja keras dibelakang tabir sampai Majlis Syura 'terpaksa' buat keputusan macam tu.
Gambar hiasan: Muhyiddin hadir ke majlis perkahwinan anak Ust Nasha pada pertengahan tahun lepas.
Berkaitan
- Tazkirah TG Hj Hadi untuk Ust Nasha dan yang sewaktu dengannya?
- Ini kot sebab Ust Nasha tergedik-gedik ikut Najib melawat Ghaza
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang pr