Sharifah Zohra Jabeen dihina akibat terlebih beraksi macam 'si anjing Umno'... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 15, 2013

Sharifah Zohra Jabeen dihina akibat terlebih beraksi macam 'si anjing Umno'...

Insiden ni cukup baik sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya jangan la terlebih sangat dalam beraksi macam 'si anjing Umno'. Kalau nak beraksi tu agak-agak sama la, jangan jadi sampai Che Pah ni. 1Malaysia belasah dia.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - TMI.
Kesian kat Cek Pah ni, dah la sebelum ni macam yang aku ulas dalam posting sebelum ni, kena belasah dengan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah yang sokong kebebasan mahasiswa bersuara. Lepas tu pulak dihentam Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang tak mengaku mengaku Che Pah tu sebagai suara BN.

MalaysianInsider juga dilaporkan
"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan. - Ibid.
Aku harap Che Pah ni tak kena pecat serta merta pasai kes ni, kalau memang macam tu aku harap dia tak malu-malu untuk saman Presiden KIMMA tu di mahkamah.

Sinarharian pula melaporkan:
Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.

Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.

"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.

"Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya. - Sinarharian
Tapi yang paling malang sekali bila MalaysianInsider juga melaporkan:
"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi. - Ibid.
Pada aku, insiden ni cukup baik sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya jangan la terlebih sangat dalam beraksi macam 'si anjing Umno'. Kalau nak beraksi tu agak-agak sama la, jangan jadi sampai Che Pah ni. 1Malaysia belasah dia.

Walaupun niat dia mungkin 'ikhlas' nak defend 1Malaysia tapi bila jadi macam ni sapa pun takmau bela dia. Tanggung la sendiri... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...