Harap-harap PR tak jadi macam ni bila dah menang nanti... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 15, 2013

Harap-harap PR tak jadi macam ni bila dah menang nanti...

Aku harap sangat Pakatan Rakyat tak jadi macam ni bila dah dapat kuasa nanti, pasainya memang ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang nampak macam ada potensi untuk beraksi macam minah garit ni, nampak buruk sangat...

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu. - Hrkh.     

Aku harap sangat Pakatan Rakyat tak jadi macam ni bila dah dapat kuasa nanti, pasainya kalau ditengok betul-betul memang ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang nampak macam ada potensi untuk beraksi macam minah garit ni, nampak buruk sangat...

Harkahdaily juga melaporkan:
Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.

Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN. - Ibid.
Tapi memandangkan kejadian tu berlaku di UUM, apa nak dikata lagi pasai UUM memang dah terkenal pun sebagai pusat pengajian tinggi yang sanggup melacurkan keintelektualan dan selslu sangat beraksi sebagai 'si anjing Umno'.

Apa pun, ucapan tahniah untuk KS Bawani yang berani menyatakan pendirian. Kalau dia sanggup jadi calon PAS mewakili Dewan Himpunan Penyokong PAS pun cantik jugak...

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...