Patrick Teoh ni pun nak kena belasah macam Sharifah Zohra Jabeen jugak ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 16, 2013

Patrick Teoh ni pun nak kena belasah macam Sharifah Zohra Jabeen jugak ka?

Apa pun, nasib baik Patrik Teoh dah pun minta maaf atas status kurang ajar lagi CELAKA dia tu. Walaupun masih nampak tak berapa ikhlas tapi nampak jelas yang dia memang risau dengan kesan yang mungkin dia terpaksa terima kalau dia tak minta maaf.

Blogger PenyokongPAS tulis dalam blog dia:
Kadang-kadang memang ada puak cina yang memang menempah masalah dengan orang Melayu-Islam. Sengaja cucuk. Sengaja nak rasa kena lempang agaknya. Terbaru, ornag tua cina bernama Patrick Teoh (suara sedap) tapi hati busuk. Dia sibuk mengkritik kita, orang PAS, sebagai puak yang tak habis-habis nak perjuangkan hukum Quran.

Dia marah pasal kerajaan PAS kedah tak benarkan persembahan hiburan yang melampau seksi. Arahan itu biasa sahaja. Dah ditarik balik pun. Bukannya kekal. Walaupun kita tanggung malu kerana terpaksa gostan polisi, tapi kita kena buat juga. Sebab dapat tekanan kawan-kawan DAP kita. - Blog PenyokongPAS.  
Member tu jugak tulis
Patrick Teoh ini memang baik dengan kita. Baik sungguh. Sebelum ini, dia memang penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mungkin bukan penyokong PAS. Tapi penyokong DAP. Tapi bila kita dah gabung jadi Pakatan Rakyat – kira dia sokong kita lah.

Dia ni memang kaki mencarut. Tapi tak baiklah bila seranah kepimpinan kita di Kedah. Itu dah masuk kurang ajar namanya. - Ibid.
Bukan kata nanti ahli PAS, mana-mana orang Islam yang beriman pun akan marah kalau tengok statement macam kat bawah ni:


Aku pun tak puas hati dengan syarat-syarat mengenai persembahan kebudayaan semasa perayaan Tahun Baru Cina yang negeri Kedah keluarkan tu. Tapi kalau nak kritik pun patut padan la, tak payah la sampai maki Quran.

Aku pun memang nak belasah isu ni tapi belum sempat belasah Kerajaan Negeri Kedah dah tarik balik syarat-syatar tu.

Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan Kedah telah memberi lampu hijau untuk program budaya '1Malaysia Tahun Baru Cina 'yang dijadual diadakan pada 15 Februari di Alor Setar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pihak penganjur mesti memastikan penghibur berpakaian sopan.

Menurutnya, setiap peserta yang terlibat dengan persembahan pentas dalam program itu, sama ada lelaki atau perempuan, mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas laporan media bahawa program itu dilarang diadakan jika tidak mematuhi garispanduan kerajaan negeri berhubung persembahan awam.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan kepada media oleh Exco Negeri bagi kesihatan, sukan, belia, budaya, seni, warisan dan bioteknologi, Hamdan Mohamed Khalib, garispanduan itu "boleh diubah" mengikut keadaan.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan jika ia berlaku. - Mkini.
Apa pun, nasib baik Patrik Teoh dah pun minta maaf atas status kurang ajar lagi CELAKA dia tu.

Walaupun nampak tak berapa nak ikhlas tapi nampak jelas yang dia memang risau dengan kesan yang mungkin dia terpaksa terima kalau dia langsung tak minta maaf.

Sumber: Facebook Patrick Teoh

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...