Kaliman Allah : Betul ka Mat Sabu flip flop? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 15, 2013

Kaliman Allah : Betul ka Mat Sabu flip flop?

Kalau ada yang nak mentafsir atau mensyarahkan kenyataan rasmi ni hala ke lain, tolong berhenti sat, lepas Umno BN dah tumbang nanti ikut suka la hangpa nak tafsir atau syarah, bermuzakarah atau berdebat hala ke mana pun...

Bernama melaporkan:
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi. - Sinar.  
Bagi yang 'terlepas keretapi', Majlis Syura' PAS dah pun bersidang dan membuat pendirian pasai isu kalimah Allah ni macam yang aku ulas dalam posting sebelum ni: Isu kalimah Allah : Kesimpulannya tak boleh guna dalam Al-Kitab kecuali...

Memang takdak sebut secara spesifik tapi dari keseluruhan kenyataan rasmi ni dapat difaham yang Majlis Syura' tak setuju penggunaan kalimah Allah di dalam AlKitab orang Kristian kecuali kalau khusus merujuk kepada Allah macam yang orang Islam faham dan imani.

Kenyataan Mat Sabu macam yang kat atas tu walaupun pendek lagi ringkas sebenarnya mencerminkan apa yang sepatutnya semua pemimpin dan ahli PAS patut respon bila Majlis Syura' dah buat ketetapan.

Tak kira la apa pun pandangan sebelum ni, keputusan Majlis Syura' memang patut sangat kena wala'. Pasainya dalam PAS macam yang termaktub dalam perlembagaan Majlis Syura' adalah kuasa tertinggi.

FASAL 8. Majlis Syura ‘Ulamak
(1) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8
Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS. - Perlembagaan PAS.
Perlu dibaca bersama
FASAL 8(12) Majlis Syura 'Ulamak boleh, mengikut budi bicaranya, membuat apa-apa peraturan bagi melicinkan pelaksanaan tugas dan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya dan menjaga serta memelihara keutuhan dan kehormatan serta kewibawaan Majlis Syura 'Ulamak tersebut. - Ibid.
Dalam PAS sebenarnya tak timbul isu 'flip flop' pasainya apa-apa pendapat atau pandangan yang tak selari dengan pandangan Majlis Syura' adalah "void and null', tak kira pendapat siapa pun termasuk pendapat Presiden malah pendapat dan pandangan Mursyidul Am sekali pun.

Tambah-tambah lagi la kalau Majlis Syura' belum buat ketetapan atau pendirian. Kalau Majlis Syura' dah buat ketetapan dan pendirian tapi masih jugak ada lagi pemimpin PAS nak tafsir atau syarah hala ke lain, itu bukan pemimpin flip flop tapi pemimpin BANGANG...

Aku harap semua pimpinan PAS yang lain yang sebelum ni ada keluarkan pendapat atau pandangan yang mungkin sedikit mengelirukan boleh segera bagi pendapat dan pandangan terkini yang selari dengan ketertapan Majlis Syura'.

Macam yang aku tulis sebelum ni:
Kalau ada yang nak mentafsir atau mensyarahkan kenyataan rasmi ni hala ke lain, tolong berhenti sat, lepas Umno BN dah tumbang nanti ikut suka la hangpa nak tafsir atau syarah, bermuzakarah atau berdebat hala ke mana pun... - Ibid.
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...