Isu kalimah Allah : Kesimpulannya tak boleh guna dalam Al-Kitab kecuali... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 14, 2013

Isu kalimah Allah : Kesimpulannya tak boleh guna dalam Al-Kitab kecuali...

Maknanya PAS menolak penggunaan kalimah Allah di dalam kitab orang Kristian kecuali kalau kalimah tu  merujuk kepda tuhan orang Islam?

Akhirnya Majlis Syura' Ulama' PAS Pusat keluarkan kenyataan rasmi. Aku harap semua pihak dalam PAS tak kira jenis penyokong UG ka, penentang UG ka, JIM ka, liberal ka, syiah ka hatta Hizbut Tahrir sekali pun kalau ada, kena terima 'FATWA' dari Majlis Syura ni.

Bukan setakat terima dari segi yang tersurat tapi jugak yang tersirat termasuk dari sudut rohnya. Harap-harap lepas ni semua pihak bercakap dan keluarkan kenyataa senada seirama.    
Kalau ada yang nak mentafsir atau mensyarahkan kenyataan rasmi ni hala ke lain, tolong berhenti sat, lepas Umno BN dah tumbang nanti ikut suka la hangpa nak tafsir atau syarah, bermuzakarah atau berdebat hala ke mana pun takpa.

Kat bawah ni rupa Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia.

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al- Mursidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia - Hrkh
Maknanya PAS menolak penggunaan kalimah Allah di dalam kitab orang Kristian kecuali kalau kalimah tu  merujuk kepda tuhan orang Islam?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...