Betapa BANGANGnya bekas ahli PAS tu... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 29, 2013

Betapa BANGANGnya bekas ahli PAS tu...

Jadinya, sangat tak relevan mengaitkan kebangangan dia tu dengan Amanat Hj Hadi pasai kebangangan dia tu pasai dia malas pi mengaji, usrah dan tamrin.

Utusan melaporkan:
PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah. - Utusan.    
Kesian sungguh bekas ahli PAS sorang ni tu pun kalau betul la dia bekas ahli PAS. Dah la bodoh bangang pulak tu. Niat dia nak malukan PAS tapi dia tak sedar dia memalukan diri dia sendiri. Kesian kat anak bini dia kalau ada.

Nasib baik gambar muka dia tak keluar dalam surat khabar, kalau tak tentu dia lagi popular kerana kebangangan diri sendiri.

Bangang pertama, dia tak pi sembanyang Jumaat di masjid tentu pasai dia yakin yang imam kat masjid kampung dia tu kafir pasai ahli Umno. Memang tak boleh pun sembahyangkan berimamkan orang kafir.

Yang bangangnya, boleh pulak dia berimamkan imam dalam radio, takkan dia tak terfikir imam dalam radio tu pun mungkin lebih Umno dari imam kat masjid kampung dia.

Bangang yang kedua, takkan dia langsung tak terfikir sah ka dak dia buat sembahyang jumaat di rumah dia. Kalau dia tanya, tak kira la Untaz PAS ka atau Ustaz Umno, semua sepakat yang memang tak sah sembahyang berimam macam tu.

Bangang yang ketiga, dia tak sedar betapa bangangnya dia bila dia ceritakan kisah bangangnya sampai keluar dalam surat khabar, satu Malaysia tau kata dia bangang.

Aku tak pasti pulak kut-kut ada orang Umno yang sama bangang yang sanggup nak usung mamat konon bekas ahli PAS ni naik pentas Umno cerita kebangangan dia tu.

Aku guna perkataan 'konon' pasai aku tak berapa nak yakin ada ahli PAS yang sebangang tu. Lagi pun dalam PAS terutama era tahun 80an masa amanat Hj Hadi tu cukup popular, majlis ilmu dan pentarbiahan cukup rancak dalam PAS.

Program macam usrah dan tamrin dibuat secara berkala dan tak berapa nak logik kalau ada ahli PAS yang cukup cetek pengetahuan agama dia sampai tara tu sekali. Aku tak nafikan dalam PAS pun ada yang bangang tapi takkan sampai tahap tu punya bangang.

Tambah-tambah pulak bab sembahyang berjamaah ni sangat ditekankan dalam PAS waktu tu. Takkan dia taktau yang kalau ikut mazhab syafie wajib ada minima 40 orang, kalau tak cukup tak boleh buat solat Jumaat 2 rakaat tapi kena buat solat zohor 4 rakaat.

Kalau pun betul dia jahil sangat takkan takdak orang PAS lain yang boleh dia tanya masalah dia tu, takkan dia tak terfikir bukan dia sorang saja yang ada masalah macam dia tu.

Lagi satu, bab sembahyang Jumaat berimamkan radio tu sefaham aku tak menjejaskan aqidah, aqidah dia tak terbatal cuma sembahyang dia ja yang tak sah.

Aku yakin kalau dia kaki mengaji, usrah dan tamrin, dia takkan terfikir nak buat kerja sebangang tu. Jadinya, sangat tak relevan mengaitkan kebangangan dia tu dengan Amanat Hj Hadi pasai kebangangan dia tu pasai dia malas pi mengaji, pi usrah dan pi tamrin.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...