Majlis Syura' dah luluskan nama Kadir Syeikh Fadzil sebagai calon PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 15, 2012

Majlis Syura' dah luluskan nama Kadir Syeikh Fadzil sebagai calon PAS?

Tapi kalau nama pemilik beberapa buah mahligai yang cukup mewah ni Majlis Syura' memang dah luluskan sebagai calon yang akan bertanding atas tiket PAS, aku tak heran kalau lepas ni orang akan belasah Majlis Syura' kaw-kaw punya.

Sebelum ni aku dah tulis 2 artikel pasai khabar angin yang Kadir Sheikh Fadzir akan jadi calon PAS dalam PRU13 nanti.

Yang pertama "Berita Gempar!!! Kadir Sheikh Fadzir bakal bertanding atas tiket PAS?" dan yang kedua "Kadir Sheikh Fadzir bakal jadi klon Ibrahim Ali untuk PRU13?". Dua-dua posting tu memang cukup dapat perhatian rata-rata dari yang komen memang tak setuju.

Dan aku memang yakin kalau dibuat undian online yang tak setuju akan jauh meninggalkan yang setuju. Pasainya aku rasa yang bersetuju pun mungkin dari kalangan orang yang baru nak celik politik dan juga dari kalangan ahli PAS yang jenis wala' membuta tuli, pimpinan belum buka mulut pun tapi dah wala' siap-siap.  
Masa semua perwakilan berkumpul di Kelantan untuk Muktamar PAS Pusat bulan lepas Harakahdaily ada melaporkan:
PENGKALAN CHEPA: Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan semua nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, senarai nama tersebut sudah diteliti dan Majlis Syura Ulama sudah menapis nama-nama yang layak.

"Semua nama calon mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. - Hrkh.
Aku tak pasti nama Kadir Sheikh Fadzir ni termasuk sama atau tidak dalam senarai yang TG Presiden maksudkan tu. Kalau tak termasuk aku rasa Majlis Syura' Ulama' perlu bersidang semula untuk teliti nama bekas Menteri Umno yang kaya raya ni.

Tapi kalau nama pemilik beberapa mahligai yang cukup ni Majlis Syura' memang dah luluskan sebagai calon yang akan bertanding atas tiket PAS, aku tak heran kalau lepas ni orang akan belasah Majlis Syura' kaw-kaw punya.

Kalau rajin google tentu akan jumpa senarai harta bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang cukup melimpah ruah ni. Kat bawah ni aku jumpa dalam blog penchachai Umno.
Mahligai Mewah di Tawar : RM 2.5 juta
Sri Kedah Tasik Titiwangsa: RM 4.5 juta
Mahligai di Janda Baik Pahang : RM 8.5 juta( Lokasi filem Ali Setan 1)
Penthouse Ria Appartment : RM 560.000
Langkawi Kuah : RM 55 juta
Tanah-tanah di kepulauan Johor : RM 85 juta

Kepentingan Dalam syarikat Mewah
Goldbridge Berhad
Safe Guards Berhad
Aseania Resort Berhad
Innovest dan banyak lagi. - SanggahTokJanggut
Bukan maksud aku orang kaya tak boleh jadi calon atas tiket PAS tapi kalau kaya sampai tara tu dan kekayaan tu pulak hasil dia 'merompak' masa jadi Ahli Parlimen dan Menteri masa dalam Umno, takkan orang macam tu Majlis Syura' sanggup nak luluskan bertanding atas tiket PAS.

Aku tak pasti samaada cadangan tu dah dibincangkan atau tidak dalam Lajnah Politik PAS Pusat tapi apa yang aku dengar PAS Pusat memang nampak macam bersungguh-sungguh nak jugak-jugak.

Demi menjaga nama baik dan reputasi PAS untuk PRU13 yang akan datang, aku harap-harap sangat PAS Pusat fikir balik cadangan nak calonkan Kadir Sheikh Fadzir bertanding atas tiket PAS tu.

Tu belum lagi aku ulas pasai cerita batang tubuh Kadir Sheikh Fadzir yang walaupun nampak cukup rapat dengan pimpinan utama PAS tapi langsung tak nampak ciri-ciri 'hidayah' yang melayakkan dia bertanding atas tiket PAS.

Senang ceritanya, cukuip-cukup tak layak, tambah-tambah lagi di kawasan parlimen yang dicadangkan tu, cukup-cukup tak layak.

Sebelum ni aku saja guna perkataan 'khabar angin' pasai keputusan belum dibuat. Kalau nak ikut perawi 'khabar angin' tu aku berani kata berita tu memang saheh.

Nak kata tak saheh macaman kalau 'khabar angin' tu aku dengar dari mulut orang kuat dan sangat-sangat berautoriti di kawasan parlimen yang dia dikatakan akan bertanding tu.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...