Rupa-rupanya yang dia lantang selama ni pasai takut tak terpilih lagi masa pemilihan kut. Pasai tu dia kut dia berusaha bersungguh-sungguh nak bagi nampak dia menjuarai isu terutama sekali yang melibatkan orang cina secara langsung.
Kemarin dulu Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian PAS mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada exco Kelantan.
Karpal, yang merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Baharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.
"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam. - Mkini.
Masa aku baca laporan Malaysiakini macam kat atas tu, aku memang mushkil, takkan kut Karpal Singh ni terlalu bangang sangat sampai macam tu sekali.
Dia ni tak reti-reti ka nak berenti memperlekehkan Kerajaan negeri Kelantan. Takkan kut dia tak sedar tindakan dia mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan tu sama macam mempertikaikan PAS.
Tambah mushkil aku bila dia tunding jari terus kepada YG Hj Hadi sebagai Presiden PASsuruh jawab isu tu. Takkan dia tak sedar tindakan dia tu akan bagi busuk nama Pakatan Rakyat. Takkan dia tak sedar kut yang dia bagi peluang terbuka kat Umno BN untuk 'smash' bola tanggung tu.
Kalau betul dia sungguh-sungguh nak memperjuangkan kepentingan golongan peniaga di Kelantan tu, patutnya dia terlebih dulu kena ambil tindakan berbincang secara terus dengan kepinpinan Kerajaan negeri Kelantan ataupun boleh jugak berbincang terus dengan pimpinan PAS Pusat termasuk dengan TG Hj Hadi sendiri.
Kalau dah tak puas hati jugak lepas tu dia nak tembak dalam media pun pada aku kira ok la, sekurang-kurangnya dia dah gunakan saluran yang dia ada secara demokratik. Takkan tokoh politik veteran macam Karpal Singh pun tak percaya kemampuan dia untuk bersemuka dengan pemimpin PAS.
Tapi bila aku baca laporan macam kat bawah ni, hilang kemushkilan aku.
MalaysianInsiders melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendakwa terdapat rancangan untuk menggulingkan dirinya dalam konvensyen DAP ke 16 yang bermula hari ini.Rupa-rupanya yang dia lantang selama pasai tu kut. Pasai takut tak terpilih lagi masa pemilihan kut. Pasai tu dia kut dia berusaha bersungguh-sungguh nak bagi nampak macam dia menjuarai isu terutama sekali yang melibatkan orang cina secara langsung. Kan dalam DAP majoritinya ahli berbangsa cina.
“Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya.
“Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri,” kata beliau dipetik dari Sinar Harian Online.
Karpal (gambar) seringkali lantang dalam isu-isu berkaitan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam sehingga menyebabkan pertelagahan dengan rakan-rakan dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS.
Karpal baru-baru ini berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semasa muktamar di Kota Baru baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang.
“Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Konvensyen DAP ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke13, dijangka hangat oleh kerana turut mempertandingkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
“Selain itu, konvensyen itu tidak membuat keputusan parti. Keputusan hanya dibuat oleh CEC.
“Konvensyen ini adalah semata-mata mengenai siapa yang mendapat dipilih ke CEC. - TMI.
Mungkin dia amat berharap aksi dia tu boleh pikat hari perwakilan supaya pilih dia lagi sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.
Tapi kalau betul ada usaha menggulingkan Karpal Singh dan dia betul-betul terguling pun ok jugak, aman sikit Pakatan Rakyat.
Berkaitan
- Pas jawab Karpal, Hadi tak perlu komen isu salun
- Memang Wujud Rancangan Gulingkan Karpal - K.Yogasigamany
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis