Aku cukup yakin, sebagai pemimpin Umno, pernah jadi menteri pulak tu, sekurang-kurangnya tentu punya dia ada salahlaku yang boleh dijadikan ugutan supaya dia bertukar jadi katak, melompat keluar kalau dia menang nanti.
Sebelum ni aku dah tulis sikit pasai khabar angin kata bekas Menteri Penerangan katanya akan jadi calon atas tiket PAS pada PRU13 nanti. Dalam posting bertajuk "Berita Gempar!!! Kadir Sheikh Fadzir bakal bertanding atas tiket PAS? tu, setakat ni dah ada 21 orang belasah komen, kira cukup banyak la kalau ikut standard blog aku.
Setakat ni takdak satu komen pun yang sokong khabar angin tu. Semua tak setuju. Dan ramai jugak yang bandingkan nama Kadir Sheikh Fadzir tu dengan nama Ibrahim Ali.
Aku setuju sangat dengan para pengkomen tu. Menang patut sangat pimpinan PAS pusat ambil kira faktor tu dan tak teruskan hajat nak letak Kadir Sheikh Fadzir yang dah berumur 74 tahun tu bertanding atas tiket PAS untuk mana-mana kerusi pun.
Kalau nak dibanding antara kedua tu, memang jelas sangat Ibrahim Ali lebih nampak 'keikhlasan' dia masa tu, Tu pun tak lama mana lompat keluar lepas tu belasah balik PAS cukup-cukup. Langsung dia tak peduli yang dia menang di Pasir Mas tu atas tiket PAS.
Lagi satu, Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS tu di Pasir Mas, tempat dia berkubang masa dalam Umno. Tentu la dia ada penyokong akar umbi. Memang tak sama macam Kadir Shiekh Fadzir yang katanya bukan akan bertanding di parlimen Kulim Bandar Baharu, tempat dia berkubang masa dalam Umno.
Masa tu memang nampak Ibrahim Ali ada penyokong sendiri terutama sekali di Parlimen Pasir Mas. Berbanding dengan Kadir Syeikh Fadzir yang tak nampak langsung penyokong dia walaupun di parlimen Kulim Bandar Baharu.
Kata la Pakatan Rakyat menang tipis masa PRU13 nanti, aku sangat-sangat tak yakin kalau Kadir Sheikh Fadzir ni menang atas tiket PAS dia akan setia dengan Pakatan Rakyat.
Aku cukup yakin, sebagai pemimpin Umno, pernah jadi menteri pulak tu, sekurang-kurangnya tentu punya dia ada salahlaku yang boleh dijadikan ugutan supaya dia bertukar jadi katak, melompat keluar kalau dia memang nanti.
Kalau pun mungkin dia jugak buat baiah cerai bini talak 3, aku tak fikir dia takut nak langgar baiah. Lagipun dia keluar Umno bukan pasai dapat 'hidayah' tapi cuma atas alasan 'Umno dah tak macam dulu'.
Cuba bayangkan kalau jadi macam tu, wal'iyazubillah. Memang tercemar teruk la imej PAS masa tu.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis