Pasai ni la aku suka Dr. Asri tak join mana-mana parti politik | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 02, 2010

Pasai ni la aku suka Dr. Asri tak join mana-mana parti politik

Aku dari dulu memang tak sokong sangat kalau orang macam Dr. Asri ni tak joint parti politik. Walaupun aku yakin ramai orang Pas yang seronok sangat kalau Dr. Asri ni masuk Pas, tapi aku rasa lebih menguntungkan Pas kalau dia tak masuk Pas.

Kalau dia masuk Pas pun aku rasa tak sampai ke mana pun. Boleh la kut takat jadi wakil rakyat, tu pun kalau depa bagi bertanding dan menang pulak.

Lebih elok dia duduk di luar macam la ni. Pasainya suara dia lebih diterima sebagai suara "atas pagar". Jadinya mudah untuk dia membelasah sapa saja tanpa ada rasa tertekan.

Contohnya kali ni, dia belasah ahli politik veteren Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, suruh depa bersara dari politik.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.” - TMI
Baik atau tidak untuk Pakatan Rakyat saranan dia tu boleh diperdebatkan. Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat mesti ramai yang marah tapi tak boleh dinafikan ada jugak yang bersetuju, malah mungkin sangat-sangat bersetuju.

Aku sangat setuju dengan "roh" cadangan Dr. Asri kali ni. Kalaupun "ahli politik veteran" tu masih diperlukan dan agak tak sesuai untuk bersara dalam masa terdekat tapi depa kena berubah. Depa kena "beri nafas baru" atau "seimbangkan rentak tari politik". Kena reka ‘story-design’ politik yanglebih terkini dan meyakinkan.

Aku setuju kalau "ahli politik veteran" ni contohnya macam Anwar Ibrahim, TG Hj Hadi dan Lim Kit Siang bersara. Masalahnya kalau depa bertiga tu bersara sapa calon-calon yang ada untuk gantikan depa bertiga.

Untukk Dap aku rasa takdak masalah pasai sekarang pun Guan Eng dah pun jadi ketua. Masalahnya untuk PAS dan PKR. Aku tak nampak Timbalan yang ada sekarang/akan ada nanti boleh bawak perubahan. Kalau setakat sama macam yang dok ada pun dah kira ok lagi. Aku takut jadi lagi teruk dari la ni kut.

Berkaitan:


Nota kaki makan cekam:  Dia ni pun pandai pilih timing, time kalut2 PRK ni la dia cakap benda-benda macam ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...