Harussani pun ditipu oleh Utusan dan blogger penchachai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 15, 2012

Harussani pun ditipu oleh Utusan dan blogger penchachai


Aku yakin, yang betulnya Harussani macam jugak majoriti yang belasah Nurul Izzah sebelum ni, tak pernah dengar pun clip ucapan Nurul izzah tu. Kenyataan macam tu keluar pasai kena tipu dengan spin Utusan yang diperkasakan lagi oleh blogger penchachai Umno BN.

Sinarharian melaporkan:
IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar. - Sinarharian.
Aku tak fikir Harussani pun tak reti bahasa inggeris tapi kalau betul dia pandai inggeris tak munasabah langsung sampai tahap suruh Nurul Izzah tarik balik kenyataan dia dan bukan saja suruh Nurul Izzah bertaubat tapi juga semua yang sokong Nurul Izzah.

Nurul Izzah dalam pertemuan membela diri dengan Jais serahkan transkrip ucapan dia di Forum "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya sebelum ni.
Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.
Kalau tengok ke transkrip tu aku langsung tak nampak apa yang patut Nurul Izzah tarik balik dan kena bertaubat.

Aku yakin, yang betulnya Harussani macam jugak majoriti yang belasah Nurul Izzah sebelum ni, tak pernah dengar pun clip ucapan Nurul izzah tu.

Kenyataan macam tu keluar pasai kena tipu dengan spin Utusan yang diperkasakan lagi oleh blogger penchachai Umno BN.

Apa pun, macam yang aku tulis sebelum ni, aku tak sokong ucapan Nurul Izzah. Bukan maksud aku ucapan dia tu salah tapi tak berapa nak kena.

Yang pertama ucapan dia tu boleh mengelirukan pasai tak berterus terang dan membawa kepada yang kedua iaitu mudah sangat untuk dispin  macam bagi peluru percuma untuk penchachai Umno BN belasah Pakatan Rakyat.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...