Logik BANGANG Sisters In Islam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 10, 2012

Logik BANGANG Sisters In Islam

Tapi kalau kita nak cari logik untuk membenarkan apa sapa pegangan yang kita pakai memang boleh, contoh macam logik bangang SIS tu, dari segi logiknya memang nampak logik tapi logik yang tak kena dengan hakikat sebenarnya.

MalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalarn kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam mass sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya. - TMI.  
Kalau baca sekali lalu, memang kenyataan Pengarah program SIS, Suri Kempe ni ada logiknya, tambah-tarnbah bagi yang takdak pengetahuan yang berautoriti dalam hal ni, memang boleh dengan senang-senang terima logik SIS ni.

Cumanya, kita kena faham, hukum logik bukan boleh diguna dalam sernua hal dan keadaan. Tambah-tambah  yang berkaitan agama yang melibatkan perkara ghaib.

Tapi kalau kita nak cari logik untuk membenarkan apa sapa pegangan yang kita pakai memang boleh, contoh macam logik bangang SIS tu, dari segi logiknya memang nampak logik tapi logik yang tak kena dengan hakikat sebenarnya.

Jadinya, apa pulak logiknya Islam tak benarkan penganutnya murtad?

Pada aku mudah ja, yang pertama sekali aku yakin Islam adalah satu agama yang sebenar, malah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah, jadinya tak logik langsung orang yang dah masuk satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah tuhan seru sekelian slam untuk keluar dari agama tu. Logik ka kita nak benarkan pencuri yang dah bertaubat nak mencuri balik.

Yang kedua, logiknya peraturan ni supaya takdak orang yang masuk Islam dengan tujuan lain, bukan sebab dengan hidayah. Lagi celaka kalau dia masuk Islam dengan niat nak memperburukkan Islam dari dalam contohnya. Pasai tu jatuh murtad bukan nanti dia istihar dia murtad tapi cukup dengan tingkahlaku atau percakapan dia yang mencerminkan dia bukan lagi seorang yang beriman.

Yang ketiganya, logiknya peraturan ni supaya takdak orang yang buat kerja masuk Islam ni macam kerja main-main, sebelah pagi masuk Islam sebelah petang dia istihar keluar dari Islam.

Satu bend lagi yang patut kita war-warkan, bukan kata dia murtad saja wajib terns dibunuh. Ulama' Islam menggariskan beberapa langkah perlu diambil terlebih dulu sebelum seseorang tu boleh disahkan boleh dibunuh atas kesalahan murtad.

Pasai tu dalam surah Al-Baqarah ayat 256 tersurat:
لآَإِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya is telah berpegang kepada simpulan yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. - (2:256)
Yang si Nurul Izzah tu pun satu, bab-bab sensitif macam ni tak payah la kut nak tunjuk pandai-pandai buat statement ikut kefahaman sendiri. Hang dijemput sebagai seorang ahli politik, jadinya nak bercakap tu kena la ada timbangan politik lebih sikit. Yang saja-saja bagi peluru kat 'parti syaitan' untuk tembak tu pasai apa?




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...