Hasan Ali jadi pemantau kepada Perjanjian Syaitan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 25, 2012

Hasan Ali jadi pemantau kepada Perjanjian Syaitan?

Hati kecik aku pula membisikkan Dr. Hasan Ali ni tak lebih dari sekadar jadi 'pemantau' kepada 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA, sentiasa nak pastikan perjanjian tu berjalan lancar.

Malaysiakini melaporkan:
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. - Mkini.  
Naik kesian pulak aku tengok Dr. Hasan Ali ni, makin lama nampak makin meroyan. Bekas ahli parlimen kawasan aku ni nampaknya tak habih-habih dengan agenda melayu dia dan tak habih-habih dengan bisikan hati kecik dia.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik. - Ibid.
"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," - Ibid.
Hati kecik aku pula membisikkan Dr. Hasan Ali ni tak lebih dari sekadar jadi 'pemantau' kepada 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA, sentiasa nak pastikan perjanjian tu berjalan lancar.

Harakahdaily melaporkan:
Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.

Pengesahan Mahathir terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang. - Hrkh.
Apa pun, aku haap takdak lagi pemimpin PAS yang lain yang teringin ikut jejak langkah Dr. Hasan Ali jadi 'pemantau' kepada 'Perjanjian Syaitan' antara Umno dan MCA tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...