GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu. - Sinarharian.
Semalam Malaysiakini melaporkan:
Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog yang kurang dikenali. - Ibid.Sinarharian juga melaporkan:
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,” katanya pada sidang media, hari ini.Semalam dah mengaku "ia disiarkan bulat-bulat", hari ni nak menafikan pulak. Pasai macam ni la semalam aku berani tulis "persepsi aku Mansor ni mungkin termasuk dalam kalangan BANGANG politik."
Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.
“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya. - Ibid.
Jadi orang politik kena pandai cakap berlapik, dan kaji habih-habih dulu sebelum buat kenyataan. Bukannya pantang wartawan hulur mikrofon terus cakap ikut sedap mulut.
Apa pun, aku harap isu ni tak dipanjangkan memandangkan Guan Eng sendiri pun macam dalam gambar kat atas tu nampak macam takdak terasa hati.
Apa pun, aku harap lepas ni, terutama sekali pemimpin Pakatan Rakyat yang ada 'masalah peribadi' dan ada perancangan 'sulit' tolong jangan bincang dalam mesyuarat. Kalau nak jugak buat 'gerakan sulit untuk kepentingan peribadi' tolong buat dalam keadaan betul-betul sulit. Tambah-tambah kalau sampai nak tikam member dari belakang.
Jangan sampai bocor kat blogger 'mulut tempayan' macam aku dan yang sewaktu dengan aku kalau takmau kena londeh.
Perang pilihanraya pun belum tentu lagi bila dah sibuk kira pasai nak paraid ghanimah, tak ka CELAKA punya kerja maqcam tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis