Takkan Mansor Osman TKM Penang pun bangang politik jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 23, 2012

Takkan Mansor Osman TKM Penang pun bangang politik jugak?

Malaysiakini melaporkan:
EKSKLUSIF Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog yang kurang dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu, Pulau Pinang berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog gelagatanwar.wordpress.com bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang. - Mkini.   
Aku sikit mushkil, yang pertama sekali betul ka Mansor ada kata macam yang Malaysiakini laporkan tu yang aku warnakan dengan warna merah tu. Kalau Dr. Mansor memang kata macam tu, persepsi aku Mansor ni mungkin termasuk dalam kalangan BANGANG politik.

Statetment yang cukup lemah dari seorang yang berstatus Timbalan Ketua Menteri I.

Tambah-tambah pulak setakat yang aku cari aku tak jumpa dokumen yang dikatakan 'minit mesyuarat' tu dalam blog gelagatanwar.wordpress.com tu. Yang ada cuma yang berbentuk catatan yang disalin semula yang langsung takdak 'fingerprint' PKR.

Yang aku herannya, pasai apa awal-awal lagi Mansor dah mengaku "kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog." Pada aku patutnya Mansor boleh lebih berlapik dalam menjawab.

Lagi pun dia "memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu." Awat la dia tak tangguh dulu jawapan tu, selepas selesai 'menyiasat' baru la bagi komen yang final.

Taktau la pulak kalau ada perkembangan lain yang diluar pengetahuan aku yang boleh jadi relevan kenyataan TKM I Penang tu.

Apa pun, laporan Malaysiakini tu memang berjaya mengujudkan persepsi negatif untuk PKR, bahkan memang berupaya menggoncang Pakatan Rakyat lebih kuat dari goncangan akibat isu hudud antara PAS dan DAP.

Lagi satu, aku langsung tak terkejut kalau memang betul catatan tu bulat-bulat macam kejadian sebenar. Langsung tak terkejut, tambah-tambah pulak bila melibatkan Mansor Osman... Hahaha...

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...