Kalau kawan hala senapang kat kita takkan kita nak diam macam tunggui kayu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 10, 2012

Kalau kawan hala senapang kat kita takkan kita nak diam macam tunggui kayu?

Komen aku mudah ja. Kalau kawan hala senapang kat kita takkan kita nak diam macam tunggui kayu pulak???

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu."

Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini.

“Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,” tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya. - Hrkh.
Satu amaran dari Ketua Penerangan PAS Pusat yang sangat aku alu-alukan.

Aku mulanya malas nak ulas pasai update Ust Tuam Ibrahin dalam facebook dia ni, tambah-tambah bila Harakahdaily juga melaporkan:
Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan. - Ibid.
Tapi bila ada member yang sampai tahap bagi private msg pasai tu seolah-olah nak sangat aku komen, dan ada yang kata pulak semenjak dua menjak ni tulisan aku nampak macam lebih banyak belasah pemimpin Pakatan Rakyat dari belasah Umno.

Komen aku mudah ja:
Kalau kawan hala senapang kat kita takkan kita nak diam macam tunggui kayu pulak???
Bab blog aku nampak macam lebih banyak belasah Pakatan Rakyat berbanding belasah Umno BN, sebenarnya itu persepsi yang salah. Aku dah kira, kalau nak banding entry aku yang belasah Umno BN jauh lebih banyak dari entry aku belasah Pakatan Rakyat. Kalau ada yang tak percaya hangpa boleh kira sendiri.

Apa pun, suka aku nak bagi pencerahan, blog aku bukan blog PAS atau blog Pakatan Rakyat, cuma blog ahli PAS dan tujuan aku sejak dari awal aktifkan blog ni adalah untuk kritik PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau hangpa nak blog yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat 100% dan cuma belasah Umno BN, belambak dok ada kat alam maya ni dan blog aku bukan salah satu dari blog jenis tu.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...