Taktau la pulak, kalau Ust Nasha rasa PKR jauh lebih 'syaitan' dari Umno dan DAP jauh lebih 'syaitan' dari MCA dan Gerakan dan Umno BN masih lasyak memerintah Malaysia.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".
Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.Yang pertama sekali, aku harap isi ucapan Ust Nasha ni bukan dengan persetujuan Majlis Syura' PAS. Pasainya pada aku isi ucapan macam ni langsung tak menguntungkan PAS dari segi politik. Dari segi dakwah pun aku meragui kesesuaian cara, tempat, masa dan suasana 'senjata' macam ni dikeluarkan.
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. - Ibid.
Pada aku, sebagai ahli Majlis Syura' walaupun bukan lagi Timbalan Presiden PAS atau AJK PAS Pusat, sepatutnya Ust Nasha masih perlu sentiasa bawa imej PAS. Kalau dia lebih selesa nak bawak imej sendiri pada aku dia patut letak jawatan dari Majlis Syura'. Tambah-tambah lagi la kalau dia nak jadi 'pembangkang' dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Yang kedua dan yang cukup penting, Ust Nasha tak pulak nyatakan yang dia ada bukti kejadian macam tu. Kalau dinafikan oleh pihak yang berkenaan, macammana Ust Nasha nak mempertahankannya. Orang lain nak tolong pertahan un tak boleh. Kalau kena saman bukan saja nama Ust Nasha busuk tapi nama PAS pun turut busuk sama. Kecuali la kalau memang Ust Nasha ada bukti dalam bentuk audio visual sebagai senjata simpanan.
Yang ketiga, kalau ditengok dari sudut awlawiyat pun aku tak nampak perlunya isi macam ni dikhalayakkan sekarang ni. Tambah-tambah pulak kejadian tu berlaku dah lama. Pasai apa Ust Nasha khalayakkan sekarang, pasai apa tak tunggu masa yang lebih sesuai.
Taktau la pulak, kalau Ust Nasha rasa PKR jauh lebih 'syaitan' dari Umno dan DAP jauh lebih 'syaitan' dari MCA dan Gerakan dan Umno BN masih layak memerintah Malaysia.
Kalau ada yang rasa PKR dan DAP lebih 'syaitan' dari Umno dan lain-lain komponen BN hasil pemerhatian sekarang, pada aku sangat tidak adil. Pasainya DAP belum pun sepenggal memerintah Penang, PKR belum pun sepenggal memerintah Selangor dan yang lebih nyata lagi Pakatan Rakyat belum pun dapat Putrajaya lagi.
Kalau lepas dapat memerintah Malaysia nanti, PKR dan DAP terbukti lebih 'syaitan' dari Umno dan lain-lain parti komponen BN, itulah masa yang sesuai 'senjata-senjata' macam ni keluar dan aku harap masa tu aku takdak masalah kalau perlu duduk di barisan depan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis