Ust Nasha risau takut doa orang Kristian makbul? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 11, 2012

Ust Nasha risau takut doa orang Kristian makbul?

Agak-agak wajar dak ada ahli Majlis Syura' yang buat tuduhan tanpa bukti. Aku takdak niat nak ajar Majlis Syura', langsung tak layak pun tapi aku cuma nak ajak kita renung apa persepsi orang Islam termasuk ahli PAS akarumbi terhadap Majlis Syura' sekarang ni.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Okt — DAP hari ini menafikan pernah menganjurkan majlis dan berdoa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, sebaliknya mereka hanya menganjurkan Majlis Kesyukuran selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis yang dianjurkan pada 16 April 2011 itu juga turut dihadiri pemimpin DAP yang beragama Buddha.. - TMI.
Macam yang aku jangka, DAP menafikan tuduhan Ust Nasha dan aku tak rasa Ust Nasha boleh bagi bukti atau saksi untuk mempertahankan tuduhan dia tu.

Kalau dalam perundangan Islam, beban pembuktian ditanggung oleh si penuduh dan dalam bab Qazaf pulak kalau tak boleh bawak 4 orang saksi si penuduh pulak yang akan dihukum.

MalaysianInsider jugak melaporkan:
“Kami tidak pernah mahu menukar Malaysia menjadi negara Kristian, kami faham Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi.

“Masyarakat Kristian hanyalah sembilan peratus daripada populasi di negara ini, mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian,” katanya lagi dan menambah, tiada sebab untuk menjadikan Kristian sebagai objek kebencian.

Justeru, pemimpin DAP itu turut menuntut Nasha untuk memohon maaf atas tuduhan yang berniat jahat tersebut, dan DAP juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu. - Ibid.
Kalau Ust Nasha tak boleh bagi bukti atau saksi tuduhan dia, agak-agak wajar dak ada ahli Majlis Syura' yang buat tuduhan tanpa bukti atau saksi. Aku tak berniat nak ajar Majlis Syura', langsung tak layak pun tapi aku cuma nak ajak kita renung apa persepsi orang Islam termasuk ahli PAS akarumbi terhadap Majlis Syura' sekarang ni.

Apa pun aku suka apa yang Aris Awang, Setiausaha PAS Kuala Kedah yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Kedah update dalam facebook dia:
Diriwayatkan bahwa di kala akan terjadi pertempuran sengit antara tentara kaum muslimin dan tentara kaum musyrikin, Abu Jahal berdoa kepada Allah swt seperti berikut:-

“Ya Allah, siapa diantara kami – dua golongan- yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”

Nabi tak bimbang pun, kerana Nabi yakin doa dia Allah swt tak terima.

Oleh itu tak payah lah dok bimbang orang Kristian ke, Yahudi ke, Sikh ke, Budha ke, Bahai ke, Pagan ke, Hindu ke doa.... biar pi kedepa lah nak doa banyak mana pun, itu hak depa, adik kecik sayang.... - Facebook.
Takkan Ust Nasha risau doa orang Kristian tu Allah makbulkan kut.

Tweet Hj Nizar macam imej kat bawah ni lagi power... Hahaha...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...