Salahuddin dan Khalid cuba tekan Majlis Syura'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 10, 2012

Salahuddin dan Khalid cuba tekan Majlis Syura'?

Aku harap sangat dalam masa terdekat ni Majlis Syura' akan keluarkan statement sebagai pencerahan isu Ust Nasha ni. Bukan kenyataan dari mana-mana ahli Majlis Syura' secara individu tapi kenyataan hasil syura' ahli Majlis Syura'.

Malaysiakini melaporkan:  
Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS". - Mkini.
Aku cukup sokong tandakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ajk PAS Pusat Khalid Samad ni. Tak kira la kalau ada yang nampak ni sebagai satu bentuk tekanan kepada Majlis Syura'.

Tindakan Majlis Syura' sebelum ni yang 'melepaskan' Ust Nasha tanpa 'siasatan dan perbicaraan' dan juga tanpa alasan yang kukuh memang menyusahkan ahli-ahli PAS termasuk diperingkat akarumbi untuk jawab bila depa ditanya pasai isu Ust Nasha ni.

Ramai yang ingat lepas episod tu, Ust Nasha akan tutup mulut, mungkin ada 'amaran sulit' dari Majlis Syura', tapi yang nampaknya maca Majlis Syura' seolah-seolah merestui tindakan Ust Nasha selama ni, pasai tu dia ulang lagi buat statement yang berbeza dengan pendekatan dan pendirian parti.

Pada aku Majlis Syura' perlu cuci tangan dari Ust Nasha'.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya. - Ibid.
Macam yang aku tulis semalam, hari ni DAP menafikan ada episod mendoakan Malaysia jadi negara Kristian macam yang dilaporkan Malaysiakini:
DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan. - Mkini.
Aku harap sangat dalam masa terdekat ni Majlis Syura' akan keluarkan statement sebagai pencerahan isu Ust Nasha ni. Bukan kenyataan dari mana-mana ahli Majlis Syura' secara individu tapi kenyataan hasil syura' ahli Majlis Syura'.

Kat bawah ni video ucapan Ust Nasha yang kontroversi tu.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...