Ust Nasha ni nak tiru Abdullah bin Ubai masa ghazwah Badar ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 15, 2012

Ust Nasha ni nak tiru Abdullah bin Ubai masa ghazwah Badar ka?

Nampaknya mantan Timbalan Presiden PAS yang kalah dalam pemilihan sebelum ni buat hal lagi. Tah apa la sebenarnya tujuan Ahli Parlimen Bachok ni yang tiba-tiba buat perangai lagi.

Sebelum ni dia buat hal bersama dengan Dr. Hasan Ali, bagi sokongan moral kepada Dr. Hasan Ali yang lawan PAS. Cumanya dia tak terus bersama Dr. Hasan Ali yang kemudiannya dipecat dari PAS tapi Ust Nasha 'patah balik' dengan PAS.

Kali ni, dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni yang PAS selalu merayakan bersama semangat Badar Al-Qubro, Ust Nasha buat hal lagi.  
Dalam keadaan semua orang dalam mood tunggu Najib pada bila-bila masa boleh umum tarikh pembubaran parlimen untuk hadapi perang PRU13, boleh pulak Ust Nasha buat perangai masa ni.

Yang pertama dia buat perangai secara senyap-senyap di Mekah, konon jadi 'tour guide' kut untuk Najib Razak jumpa dengan 'ulama terkenal Saudi' yang kemudiannya keluar dalam media puji kepimpinan kerajaan Malaysia.

Nasib baik Umno-Online keluarkan gambar, kalau tak mungkin orang PAS taktau pun yang Ust Nasha main kayu 3 sekali lagi.


Lebih hebat lagi tindakan kedua Ust Nasha yang sampai keluar dalam berita TV. Dia gesa PAS supaya tinggalkan Pakatan Rakyat kalau DAP terus menentang hudud.

Ayat yang dia guna tu saling tak tumpah macam ayat yang pemimpin Umno dok ratib semenjak dua menjak isu hudud ni hangat balik.


Kalau ikut penganalisis politik, ada yang kata Najib tak berani bubar parlimen pasai sokongan untuk Pakatan Rakyat cukup tinggi sekarang ni. Cara yang paling mudah untuk lemahkan Pakatan Rakyat adalah dengan gaduhkan PAS dengan DAP dan isu hudud dan negara Islam adalah isu yang paling sesuai.

Tiba-tiba Ust Nasha muncul dalam TV, semacam jadi ayam sabung pulak untuk Umno BN menghangatkan lagi isu yang sensitif ni.

Kalau ambil iktibar dari perang Badar, tindakan Ust Nasha ni mungkin ada sikit-sikit persamaan dengan tindakan Abdullah bin Ubai yang kacau kepala otak tentera muslimin yang akhirnya dikatakan lebih 300 orang dari tentera muslimin tarik diri dari ghazwah Badar.

SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

"Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan. - SinarHarian.
Aku harap PAS Pusat tak sekadar mengikuti 'perkembangan'. Pada aku dah takdak apa yang nak dipantau lagi dah, semuanya memang dah jelas, terang dan nyata.

Pada aku, inilah masanya Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung jemput Jawatankuasa Tatatertib jalankan tugas.

Kalau nak bagi nasihat atau amaran, masa inilah yang paling sesuai. Kalau dah sampai masa parlimen dibubarkan, pecat pun dah takdak makna.

Carilah apa cara sekali pun supaya Ust Nasha ni tutup mulut dia sampai habih PRU13 nanti.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...