PAS Parit Buntar berjaya kumpul lebih RM90k untuk program Ehya Ramaghan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 15, 2012

PAS Parit Buntar berjaya kumpul lebih RM90k untuk program Ehya Ramaghan

Alhamdulillah, tahun ni PAS Kawasan Parit Buntar berjaya meneruskan program tahunan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan program Ehya Ramadhan. Program bagi bantuan dan sumbangan kepada faqir miskin, anak-anak yatim, guru Al-Quran, guru PASTI dan pesakit di wad Hospital Parit Buntar.

PAS Parit Buntar berjaya kumpul lebih RM90,000 sumbangan dari para dermawan untuk diagihkan sempena Ramadhan tahun ni sempena progran tu.

Walaupun berstatus 'pembangkang' di peringkat negeri dan persekutuan,  PAS Kawasan Parit Buntar berjaya 'mencabar' Umno BN dalam perlumbaan buat kebajikan dalam bulan Ramadhan.  
Portal PAS Parit Buntar melaporkan:
PARIT BUNTAR, 12 Ogos : Seramai 500 orang fakir miskin dan guru al-Quran DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Pengarah program Ehya Ramadhan, Ahmad Azhar Shahrin yang juga NYDP PAS Parit Buntar berkata, majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan secara berasingan mengikut DUN.

" Seramai lebih 500 orang fakir miskin dan guru-guru al-Quran telah menerima sumbangan berbentuk beras, barangan dapur, kitab tafsir al-Quran dan wang tunai. - PAS Parit Buntar.

Lagi gamber di portal PAS Parit Buntar.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...