Bila TG Nik Aziz nak panggil Majlis Syura' bermesyuarat isu Ust Nasha ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 15, 2012

Bila TG Nik Aziz nak panggil Majlis Syura' bermesyuarat isu Ust Nasha ni?

Utusan kemarin melaporkan:
"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya. - Utusan.
Kalau Ust Nasha cuma ahli biasa PAS, lantak pi la dia nak kata apa pun, malah ramai ahli biasa PAS yang kata lebih teruk dari apa yang Ust Nasha kata dan sapa pun tak heran dan tak ambik peduli.
Masalahnya walaupun Ust Nasha bukan lagi Timbalan Presiden PAS selepas kalah ditangan Mat Sabu pada pemillihan yang lepas tapi Ust Nasha bukan saja masih lagi AJK PAS Pusat yang dilantik tapi jugak masih lagi kekal sebagai Ahli Majlis Syura. Dua jawatankuasa tertinggi dalam PAS.

Sepatutnya, kalau Ust Nasha ada apa-apa pandangan dan cadangan yang bernas untuk PAS, dia boleh suarakan dalam mesyuarat 2 jawatankuasa tu.

Takkan kut orang macam Ust Nasha yang pernah pegang jawatan Setiausaha Agong dan kemudiannya Timbalan Presiden tak faham konsep amal jamaie, tak faham konsep musyawarah dan disiplin jamaah.

Takkan pulak kut Ust Nasha terlupa yang dia masih lagi AJK PAS Pusat dan jugak Ahli Majlis Syura' PAS.

Aku harap TG Nik Aziz akan panggil Majlis Syura  PAS bermesyuarat dalam masa terdekat untuk bincangkan isu Ust Nasha ni dan seterusnya ambik tindakan yang sesuai.

Pasainya isu Ust Nasha ni menyusahkan ahli PAS grassroot untuk jawab. Kesian kat ahli-ahli PAS yang kat bawah ni yang tengah bersemangat buat kerja untuk tumbangkan Umno tiba-tiba terpaksa jawap persoalan yang payah nak jawab macam ni.

Berkaitan isu hudud dan DAP, aku suka kenyataan oleh Ust Harun Taib macam yang dilaporkan Sinarharian pada 18 Mei lalu:

Walaupun ada beberapa kenyataan Ust Harun Taib yang agak kontroversi, tapi kenyataan macam kat atas ni masih lagi boleh tutup kenyataan kontroversi dia yang lain.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...