Takkan Rais Yatim nak pecah rekod jadi menteri pertama minta maaf kot? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 04, 2012

Takkan Rais Yatim nak pecah rekod jadi menteri pertama minta maaf kot?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementeriannya tidak akan berganjak dari keputusan mereka menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2012.

“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian. - TMI.   
Rais Yatim sebenarnya cukup tertekan sekarang ni. Semua yang dia buat serba tak kena.

Keputusan dia tarik balik logo Hari Kebangsaan yang tak macam logo langsung tu langsung tak membantu dia. Langsung takdak kesan dan rakyat tak kira yang sokong PR atau tak sokong PR tetap jugak tak puas hati dengan Rais Yatim, tetap jugak belasah menteri bangang ni.

Sebagai seorang menteri kabinet Malaysia, mengaku salah dan minta maaf bukannya satu pilihan. Tak pernah lagi rasanya ada menteri yang mengaku tersilap dan minta maaf kepada rakyat dan tentunya Rais Yatim tak mau pecah rekod tu, minta maaf pasai memperkosa Hari kebangsaan.

Apa pun, terima kasih Rais Yatim pasai bertegas dengan tema Hari Kebangsaan 2012 yang BANGANG tu. Lagi kuat Rais Yatim bertegas dengan tema bangang tu lagi baik untuk Pakatan Rakyat, lagi mudah kerja Pakatan Rakyat nak menghasut rakyat untuk tumbangkan Umno BN pada PRU13 nanti.

Dalam perkembangan berkaitan, Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Selepas mengemukakan tema alternatif Hari Merdeka, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', Pakatan Rakyat kini sedang berusaha pula untuk mengumpul cadangan logo alternatif dari rakyat.

Mereka hari ini melancarkan satu akaun laman peminat di Facebook atas nama '101 Cadangan Logo Merdeka - Sebangsa, Senegara, Sejiwa' untuk memudahkan rakyat negara ini menghantar cadangan rekabentuk logo itu.

Selain di Facebook, rakyat Malaysia yang mempunyai kreativiti, boleh juga menghantar logo ciptaan mereka ke emel sekretariatpakatan@gmail.com.

Menurut maklumat posting terbaru di wall Facebook itu, penganjur juga menyediakan hadiah saguhati kepada sesiapa yang logonya terpilih untuk dijadikan logo alternatif itu nanti.

"Hantarkan logo Merdeka yang anda impikan! Hadiah saguhati disediakan bagi logo yang ter-cool, ter-hot, ter-pilih... walaupun taklah sebanyak kontrak lembu RM250 juta, tapi sumbernya halal, insyaAllah!," tulis admin. - Hrkh.
Nampak gayanya Rais Yatim akan lagi tertekan la.

BTW, jangan lupa LIKE page 101 Cadangan Logo Merdeka - Sebangsa, Senegara, Sejiwa


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...