Akhirnya Najib mengaku kalah isu royalti Kelantan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 05, 2012

Akhirnya Najib mengaku kalah isu royalti Kelantan?

Sinarharian melaporkan:  
"Hampir 37 tahun kita ditipu, kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya." Demikian entri satu blog yang mengulas perkembangan hari ini.
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.

Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.

Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat. - SinarHarian.   
Semalam Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. - Hrkh.
Bharian pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas terbabit. - BERNAMA
Nampak gayanya, masih terlalu jauh kalau nak kata Najib menyerah kalah isu royalti minyak Kelantan ni. Walaupun dah nampak macam sikit kendur tapi semua ni tak lebih dari mainan sempena PRU13 saja. Isu royalti ni akan cuba dimain sebaik mungkin supaya rakyat Kelantan tak tolak Umno BN masa PRU13 nanti.

Walaupun masa PRU12 Umno BN cuma menang 2 dari 14 kerusi parlimen di Kelantan tapi untuk PRU13 nanti 1 kerusi pun penting tambah-tambah bila Sabah dan Johor pun dah tak boleh dianggap fix-deposit Umno BN.

Istilah royalti minyak tiba-tiba diganti dengan "bayaran tunai hasil petroleum" dan jawatankuasa tu pulak " akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya."

Tak mustahil PRU13 akan dibuat sebelum jawatankuasa tu habih buat kerja dan akhirnya aku yakin rakyat Kelantan akan dianiaya lagi kalau Umno BN masih berjaya mempertahankan Putrajaya.

[Sumber: Sinarharian]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...