Kuala Lumpur: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dengan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin dan isu berkaitan beberapa parti komponen BN di Sabah.
Sebaliknya, menurut Datuk Seri Najib Razak, BN mampu menangani cabaran dengan mengambil langkah sewajarnya memulihkan keadaan.
“Setakat ini macam-macam khabar angin, desas-desus yang tersebar. Yang penting kita mampu menangani cabaran ini dan akan buat langkah sesuai untuk pulihkan keadaan dan mantapkan UMNO serta BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini semalam.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah berjumpa beberapa pemimpin BN Sabah dan akan melawat negeri itu pada 11 Ogos bagi memantapkan UMNO dan BN.
Ikut suka Najib la nak kata apa pun, tapi persepsinya memang Najib gelabah dengan perkembangan di Sabah. Penangan berudu ni memang hebat, tu belum bertukar jadi katak lagi... Hahaha...
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian] |
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Tindakan dua ahli politik Barisan Nasional (BN) di Sabah keluar parti tidak akan mengubah tarikh pilihan raya seperti yang telah dispekulasi, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini, dengan berkata akan mengambil langkah untuk memperkuatkan kubu di Malaysia timur itu.Yang lawaknya, Najib juga dilaporkan berkata:
Perdana Menteri telah memberitahu wartawan hari ini walaupun desas desus mengatakan lebih ramai akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, BN mampu menangani isu tersebut.
"Setakat ini banyak khabar angin tetapi yang penting kita yakin kedudukan BN tidak akan terjejas.
"Kita mampu menghadapi cabaran ini dan kita akan mengambil langkah untuk memulihkan keadaan ini untuk memperkukuhkan kedudukan Umno dan BN," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno. - TMI.
"Tidak," kata beliau. "Saya tak tahu bila pilihan raya akan berlangsung, tahun ini atau tahun hadapan. Mungkin tahun ini, mungkin tahun hadapan. - Ibid.Nampak sangat Najib tengah gelabah bewak... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis