Kesian pasai takdak sapa pun yang siuman yang sanggup walaupun sekadar buat ramalan yang Umno BN Kelantan akan berjaya tawan Kelantan.
Para prof dari Majlis Profesor Negara yang cukup ramai berstatus kangkong yang selalu kipas Umno pun tak sanggup nak melaporkan 'hasil kajian ilmiah' yang kata Umno BN berpeluang rampas Kelantan.
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian] |
Cumanya, kalau la, aku ulang lagi sekali, KALAU la betul Umno BN Kelantan boleh menang 23 kerusi aku masih tak yakin depa boleh rampas Kelantan.
Memang la dari segi bilangan kerusi Dun, angka 23 dari 44 kerusi Dun tu maknanya dah boleh bentuk kerajaan. Tapi bila memikirkan realiti semasa politik Malaysia aku rasa kalau setakat menang 23 kerusi memang langsung tak selamat.
Pasainya masa tu Pakatan Rakyat berjaya rampas Putrajaya. Tentu punya ada ramai Adun dari Umno yang tergedik-gedik nak lompat sokong Pakatan Rakyat. Takkan depa boleh tahannya jadi Adun pembangkang.
Kalau sekarang ni boleh jugak tumpang tui kuasa pusat, kalau dah di peringkat pusat pun pembangkang mana ada lagi cukung nak sponsor, nak 'melabur'.
Takkan pulak Pakatan Rakyat tak boleh tawan Putrajaya. Dengan perkembangan terkini ramai ahli politik di Sabah yang macam berudu bersedia nak jadi katak dan ditambah pulak macam di Perak Umno BN cuma boleh menang 2 kerusi parlimen, takkan tak boleh lagi tawan Putrajaya kot.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis