PAS masih gagal jinakkan hati dan jiwa orang melayu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 02, 2012

PAS masih gagal jinakkan hati dan jiwa orang melayu?

Oleh Ahmad Lutfi.

Tentunya tidak ramai yang mengambil berat soal perbincangan Meja Bulat "PRU13: Malaysia Pilih Siapa?" anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hak Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, baru-baru ini.

MPN, jika dilihat sosok tertentu yang selalu mengeluarkan kenyataan akhbar, dilihat tidak lebih daripada "pembodek" Umno-BN dan ini tentunya perkembangan yang menyedihkan dunia intelektual kita. Malah, dalam suasana amat mencabar buat pemerintah, apa saja akan dimanipulasi oleh Umno, 'kan?
Namun begitu, saya cuba melihat sedikit sisi positif yang boleh dimanfaatkan, terutama oleh aktivis Pakatan, khususnya PAS yang banyak disentuh dalam kajian itu. Saya tidak berminat dengan hasil tinjauan berkaitan sokongan meningkat kepada Najib atau keupayaan BN merampas Kedah ataupun Selangor.

Saya sekadar mengingatkan tentang kemungkinan kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS, di kala DAP dilihat berjaya meningkatkan sokongan Melayu terhadapnya. Sedangkan jika sokongan itu bertahan seperti 2008 pun, PAS masih sukar membantu Pakatan menguasai Putrajaya.

Undi Melayu sememangnya cukup kritikal dalam PRU13, baik kepada PAS mahupun Umno. Kerajaan seperti telah berputus asa atau patah hati untuk meraih kembali sokongan masyarakat Tionghua tetapi tidak putus-putus berusaha mendekati kelompok pengundi Melayu, dengan pelbagai tawaran dan "durian runtuh".

Masa masih ada, semboyan belum dibunyikan, tarikh PRU13 tetap jadi teka-taki, dan ramai pemerhati merasakan ruang dan peluang tetap terserlah buat PAS menjinakkan hati dan jiwa orang Melayu terhadapnya ...

Baca tulisan penuh Ahmad Luftfi di Harakahdaily - Rais, Abby, Zunar dan Majlis Profesor


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...