SYABAS saja nak buat bagi orang marah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 03, 2012

SYABAS saja nak buat bagi orang marah?

Malaysiakini melaporkan:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan penggunanya di Lembah Klang dan Selangor untuk membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi terhadap bayaran bil tertunggak dijalankan sepanjang bulan ini.

Operasi itu yang bermula Rabu lepas, dijalankan di semua kawasan di Lembah Klang dan Selangor termasuk wilayah Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, menurut Syabas dalam kenyataan di ibunegara hari ini.

Syarikat itu berkata tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak dan untuk pemasangan semula perkhidmatan, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25. - Mkini.  
Aku harap operasi Syabas nak potong bekalan air orang yang tak bayat bil air ni tak termasuk di kawasan yang terlibat gangguan bekalan air sebelum ni.

Kalau kawasan yang terlibat gangguan pun SYABAS sibuk nak potong judak memang sah la SYABAS ni memang jenih HARAM JADAH. Saja suka nak bagi rakyat marah.

Lagi satu, tak payah la kut nak potong bekalan air dalam bulan Ramadhan ni. Simpati la sikit dengan orang Islam yang tengah menjalani ibadah puasa dan akan sambut Hari Raya tak lama lagi.

Lagi satu, aku yakin ada pelanggan korperat yang tak bayar bil beratus ribu ringgit malah mungkin ada yang cecah jutaan ringgit tapi Syabas buat-buat tak nampak, lepas tu kalut nak sibuk dengan orang miskin yang tak mampu nak bayar bil seratus dua.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam MalaysianInsider ada melaporkan:
SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya. - TMI.
Takkan pasai takdak duit nak buat kerja selenggara, SYABAS sibuk nak buat operasi pemotongan kut, bayar gaji pengerusi beratus ribu boleh pulak.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...