Lagi bukti masa depan politik Malaysia bakal ditentukan oleh warga asing termasuk Pakistan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 25, 2012

Lagi bukti masa depan politik Malaysia bakal ditentukan oleh warga asing termasuk Pakistan?

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.

Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC ’71′.

“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12? - KD.
Kalau itulah angkanya, nampak gayanya keputusan PRU13 nanti kompom akan ditentukan oleh warga asing. Warga asing ni lah yang akan tentukan bukan saja sapa yang akan memerintah Sabah tapi juga sapa yang akan menguasai Putrajaya

Tak mustahil Umno BN akan tetap berkuasa selepas PRU13 hasil undi penentu dari warga asing ni yang aku yakin cukup bersemangat nak undi calon BN.

Walaupun angka 200,000 tu di Sabah tapi dengan keadaan PRU13 yang dikatakan pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah dan kemungkinan besarnya margin antara pemerintah dan pembangkang terlalu kecil dah tentu keputusan pilihanraya badi kerusi Parlimen di Sabah akan mempengaruhi keputusan diperingkat nasional.

Nak buat macamana, nampak gayanya masa depan Malaysia akan ditentukan bukan saja oleh warga Filipina dan Indonesia tapi jugak oleh warga Pakistan.

Dan realitinya, warga asing tu bukan saja ada di Sabah tapi kemungkinan besarnya dah tersebar ke seluruh negara.

Hangpa tengok 3 penama yang boleh mengundi di parlimen Parit Buntar kat bawah ni.




Depa bertiga ni masa tahun 2004 masih lagi sewa rumah di F41 Kampung Perak dan kerja depa kayuh basikal bawak karpet jual dari rumah ke rumah. Kalau tengok ke gayanya memang tak relevan langsung depa bertiga ni lahir di Sabah.

Tapi yang mushkilnya macamana no MyKad depa kod 12. Dalam isu ni kita tak sepatutnya salahkan SPR saja tapi kita kena lebih salahkan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kat bawah ni pulak hasil kajian jumlah penduduk Sabah


Lagi yang yang aku mushkil jugak, apa cerita API yang Mahfuz tubuhkan 4 bujlan lepas, senyap sunyi ja, langsung tak dengar khabar berita.

Sumber imej: Blog Tukanglawan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...