Pasai apa aku lebih sanggup undi calon DAP dari undi calon Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 05, 2012

Pasai apa aku lebih sanggup undi calon DAP dari undi calon Umno

Malaysiakini melaporkan:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.

"Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.

"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu? - Mkini.  
Aku 'bernasib baik' pasai tak perlu undi calon DAP termasuk untuk PRU13 pasai aku mengundi untuk Dun Titi Serong dan parlimen Parit Buntar yang insyaallah ada calon dari PAS tapi kalau takdak calon PAS, aku lebih gembira untuk undi calon DAP dari calon dari Umno.

Walaupun calon DAP tu cina kafir berbanding calon Umno yang beragama Islam, sekurang-kurangnya calon DAP tu tak mungkin munafiq, dan kebarangkalian untuk calon dari DAP tu nak rasuahdan salahguna kuasa macam calon dari Umno.

Sekurang-kurangnya orang DAP takkan berani bertindak celaka berusaha nak menggagalkan pembinaan masjid.

Kalau atas alasan DAP tak bela melayu, Umno contohnya di Pulau Pinang yang berketuakan Lim Chong Eu dan Koh Tsu Koon pun tak tara mana bela melayu berbanding PAS yang berketuakan Guan Eng.

Kalau atas alasan DAP tak mau hukum hudud, Umno yang dah 55 tahun perintah Malaysia pun tak laksanakan hukum hudud. Lagi pun hudud cuma untuk orang Islam dan hampir semua ahli dan pemimpin DAP orang bukan Islam. Kalau DAP 'terpaksa' terima poligami dalam Islam apa masalahnya untuk depa akhirnya 'terpaksa' terima hudud dalam Islam.

Kalau atas alasan DAP tu komunis macam yang Umno dok jaja, apa masalahnya kalau betul komunis pun. Kalau betul komunis ganas pun depa mengganas dengan penjajah dah talibarut penjajah berbanding dengan Umno yang duduk di bawah ketiak penjajah dan kemudiannya mewarisi tradisi dan sistem penjajah, menjajah dan merompak harta negara.

Kalau dulu boleh la Umno BN tipu sebab takdak saluran media utama melainkan yang dikuasai Umno BN tapi dengan adanya media baru Umno BN dah tak boleh senang-senang nak tipu dan putar belit berita dan sejarah.

Hari ni semakin banyak berita dan sejarah sebenar terbongkar. Kalau dulu komunis dianggap pengganas tapi hari ni dah ramai yang setuju yang komunis adalah sebahagian dari penentang penjajah.

Kalau dulu boleh kata hampir semua orang melayu tengok DAP dengan penuh kebencian tapi hari ni semakin ramai yang celik sejarah dan boleh terima DAP sebagai 'sahabat'.

Akhir sekali, ikut ajaran Islam, untuk tolak mudhorat besar kita dibenarkan untuk ambik mudhorat kecik dan mudhorat Umno jauh lebih besar dari mudhorat DAP.

Bukan kata dengan Umno, kalau banding dengan PKR pun aku lebih selesa untuk undi calon dari DAP selagi relevan 'tahalluf siyasi' dengan DAP.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...