Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.
Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.
"Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya seperti dipetik akhbar itu. - Mkini.
Bila aku baca laporan Malaysiakini tu yang mula-mula mai dalam kepala aku betapa bungulnya Ketua Menteri Sabah ni. sibuk nak tolong kerajaan persekutuan padahal negeri dia adalah negeri paling kaya tapi rakyat paling miskin dalam Malaysia. Sabah ada sumber minyak dan balak paling banyak di Malaysia tapi rakyatnya paling miskin sekali.
Kalau nak kata "wang dari hasil minyak Sabah disalurkan ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan" negeri-negeri lain pun dapat jugak. Patutnya Sabah yang patut didahulukan sebab rakyat negeri Sabah paling miskin dalam Malaysia.
Tapi bila difikirkan balik, Ketua Menteri Sabah ni bukannya bungul tapi sebenarnya adalah pengkhianat kepada rakyat Sabah.
Tak kata pengkhianat macamana kalau sanggup biarkan hasil bumi Sabah dirompak kerajaan persekutuan dan biarkan rakyat Sabah terus miskin dan dalam masa yang sama dia jugak turut sama merompak hasil bumi Sabah.
Kalau hangpa google keyword 'skandal musa aman' hangpa akan jumpa macam-macam. Salah satunya macam yang dilaporkan Sarawak Report.
Walaupun Musa Aman nafikan tapi dengan macam-macam dokumen yang Sarawak Report bentangkan, patutnya SPRM dah boleh siasat Ketua Menteri Sabah ni. Tapi realitinya macam skandal Musa Aman ni tak ujud pada SPRM walaupun katanya ada dokumen tu bocor dari SPRM sendiri.
Cumanya, bila difikirkan balik, apa yang Ketua Menteri Sabah tu buat rasanya tak jauh beza dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri lain di Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional.
Mana ada Ketua Menteri dan Menteri Besar dari BN yang tak kaya gila babi sampai ada yang kata kalau depa langsung tak makan seduit pun elaun depa sebagai wakil rakyat dan Ketua Menteri/Menteri Besar depa takkan boleh kumpul harta sebanyak tu.
Berkaitan
- Sabah miskin angkara pengkhianatan regim Malaya? - Sabahkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis