Rais nak kambinghitankan penulis melodi lagu tema untuk cuba selamatkan diri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 03, 2012

Rais nak kambinghitankan penulis melodi lagu tema untuk cuba selamatkan diri?

FreeMalaysiaToday melaporkan:  
PETALING JAYA: Satu jawatankuasa panel khas akan ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan lagu tema Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa menyerupai lagu ‘Serukan NamaNya’ yang berunsurkan ketuhanan masyarakat beragama Kristian di Indonesia.

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, panel tersebut akan menentukan sama ada gubahan lagu ‘Janji Ditepati’ itu adalah karya asal atau diciplak.

“Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati merdeka tu lagu tiruan. - FMT.    
Aku sebenarnya tak berapa nak peduli sangat pasai melodi lagu tema tu tulis atau diciplak, pasainya aku tak pasti macamana yang dikatakan diciplak. Adakah perlu 100% sebijik, atau sekurang-kurangnya 50% sama  ataupun ada sikit-sikit persamaan melodi pun dah dikira diciplak.

Hangpa dengar sendiri, hangpa nilai sendiri 2 lagu yang dimaksudkan.


Aku sebenarnya tak nampak apa relevannya sampai Rais Yatim nak tubuh panel penyiasat bila laporan FMT tu juga menyebut:
Semalam, penggubah lagu Jasnie Mohd Yaakub mempertahankan ciptaannya bersama komposer Arman E Six dan Aye adalah karya mereka yang asli, namun tidak menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

“Di mana-mana di seluruh dunia pun ada (lagu) guna rentak pop, rock, doremi dan sebagainya. Mana-mana komposer cubalah nilai melodi lagu itu, sama atau tidak dengan lagu Janji Ditepati. Memang tak sama,” katanya dipetik Bernama.

Beliau juga berkata lagu tersebut masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. - Ibid.
Pada aku tindakan Rais nak tubuhkan pasukan penyuasat tu semata-mata nak alihkan isu, supaya orang ramai cuma kesahkan kepada melodi lagu saja dan terlupa dengan lirik lagu ciptaan dia yang macam 'sampah' tu dan juga tema Hari kebangsaan yang jugak langsung tak sesuai.

Bab lirik yang Rais sendiri cipta tu:
Penulis lirik yang memenangi Anugerah Juara Lagu, Buddhi Hekayat menyifatkan lagu itu sebagai satu "propaganda yang kasar". Katanya, lirik "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

Bob Lokman, yang menulis lirik lagu Isabella, dan kini kerap muncul di pentas PAS, berkata lagu tema itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah, tiada nilai patriotik." - Hrkh.
Bab tema Hari Kebangsaan pula, MalayMail ada buat satu undian, walaupun dah dipadam tapi ada member sempat buat screeenshot macam kat bawah ni. Kalau pilihanraya dah hilang deposit tu... Hahaha...

[Sumber: AnakSungaiDerhaka]
Dari 3 bangang yang melibatkan Hari kebangsan 2012 tu, lirik lagu, melodi lagu dan tema Hari Kebangsaan cuma melodi lagu saja yang Rais Yatim tak terlibat mencipta.

Jadinya mungkin kut Rais rasa dengan mengkambinghitamkan pencipta melodi lagu tema tu tumpuan rakyak boleh dialihkan ke isu tu saja dan terlupa pasai lirik dan tema yang bangang tahap sampah yang dia cipta.

Kalau betul Rais Yatim fikir macam tu, dia sebenarnya sekali lagi BANGANG, pasainya rakyat di zaman media baru ni tak mungkin terpedaya dengan cara yang bangang tu.

Apa pun, dengan episod bangang yang melibatkan Hari Kebangsaan ke 55 ni, aku sebenarnya cukup berterima kasih kepada Najib sebab kekalkan Rais sebagai Menteri Penerangan, Informasi dan Kebudayaan.

Dengan adanya menteri yang bangang macam Rais Yatim ni memudahkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghasut rakyat menggulingkan Umno BN pada PRU13 nanti.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...