Bachok: Penubuhan jawatankuasa khas mengkaji isu bayaran hasil petroleum adalah bukti Kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kerajaan Pusat tidak menafikan hak rakyat Kelantan hatta untuk setong minyak sekalipun.
Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kami ingin memberitahu yang Kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan.
Sebab itu saya keluarkan kenyataan berhubung penubuhan jawatankuasa khas yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamed.
Kita harus bertindak ikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, di mana telaga minyak itu berada.
Telaga minyak itu berada di lautan yang luas dan lautan itu bukan milik kerajaan negeri tapi Kerajaan Pusat, katanya pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat. - Bharian.
Yang paling mushkilnya pasai apa baru sekarang baru nak buat jawatankuasa khas tu. Kalau betul tak berniat nak aniaya rakyat Kerantan, menafikan hak rakyat Kelantan patutnya sejak mula timbul pertikaian masalah royalti lagi dah jawatankuasa tu ditubuhkan.
Bahkan patutnya lebih awal dari tu lagi, sebelum royalti tiba-tiba di tukar jadi wang ehsan bila PAS berjaya tawan Terengganu.
Lagi satu, kalau Kelantan dan juga Terengganu tak layak dapat hasil pasai minyak tu berada diluar perairan, pasai apa pulak nak bagi wang ehsan, kalau betul tak layak dapat mana boleh bagi, tak kira la atas nama apa pun.
[Sumber: RoyaltiKelantan] |
Satu lagi yang jelas sekali Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan bila minyak dan gas tak didaratkan di Kelantan tapi didaratkan di Terengganu dan yang lebih celaka lagi sanggup didaratkan di Songkhla Thailand.
[Sumber: Kedahkini] |
"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.Hebat 'Ust' Najib sempena bulan Ramadhan ni, dia bagitau dia cuma takut kepada Allah, tak takut kepada yang lain. Cumanya agak-agak majoriti rakyat Malaysia percaya ka dak, terutama sekali tak takut dengan Rosmah Mansur.
"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya. - Mkini.
Mungkin betul dia tak takut kat Rosmah tapi dalam masa yang sama, dia jugak tak berani dengan Rosmah, , tak kira bulan apa pun.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis