Bila Najib nak tepati janji kepada rakyat Sarawak yang satu tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 11, 2012

Bila Najib nak tepati janji kepada rakyat Sarawak yang satu tu?

Sinarharian melaporkan:
KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Sarawak, yang lebih dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang' akan kekal menjadi bumi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkat,a dengan wujudnya perpaduan antara komponen parti BN dan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, BN akan sekali lagi berjaya di Sarawak.

"Banyak perkara kita rundingkan di samping kita menghormati hak negeri Sarawak dan Sarawak pun menghormati hak kerajaan pusat. Bila kita saling faham memahami, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini, semalam. - Sinarharian.
Itu kata Najib dan aku yakin itu yang sangat-sangat Najib harapkan. Pasainya selain dari Sarawak dah takdak negeri lain yang boleh diharap untuk kekal jadi 'fix-deposit' untuk BN.

Negeri di Semenanjung macam Johor pun tak lagi boleh dianggap 'fix-deposit' untuk BN pasai Pakatan Rakyat pun dah berani sebut bakal calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di Johor.

Macam tu jugak Sabah yang katanya selain dari Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing, ramai lagi yang akan ikut jejak langka depa berdua bertukar jadi katak.

Di Sarawak sendiri pun dah ada khabar angin macam tu, pasai tu la Najib tiba-tiba pi Sarawak untuk pastikan takdak yang bertukar jadi katak sebelum PRU13 nanti.

Apa pun, aku harap orang Sarawak tak lupa janji Najib yang paling besar kepada rakyat Sarawak masa kempen pilihanraya negeri Sarawak tahun lepas.

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bermula lawatan enam harinya ke Sarawak dengan memberi jaminan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur selepas pilihan raya negeri.

Katanya, beliau telah bercakap dengan Taib dan ketua menteri itu berjanji melaksanakan peralihan kepimpinan negeri itu. - Mkini.
Sempena tema Hari Kebangsaan tahun 2012 ni "Janji Ditepati" rakyat Sarawak patut tuntut janji Najib yang satu tu supaya ditunaikan sebelum PRU13.

Kalau sampai PRU13 pun Taib Mahmud masih tak letak jawatan dan BN tetap menang besar macam pilihanraya negeri tahun lepas, jangan harap la Taib Mahmud nak letak jawatan.

Kalau rakyat Sarawak nak tengok Taib Mahmud yang kaya raya merompak harta rakyat Sarawak tu berundur, BN mesti dikalahkan di Sarawak PRU13 nanti.

Kalau BN kalah di Sarawak ada harapan la Taib Mahmud akan letak jawatan. Tambah-tambah pulak Pakatan Rakyat dapat rampas Putrajaya, dah tentu punya Taib Mahmud akan letak jawatan lari meninggalkan Petrajaya ke luar negara.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...