KOTA BAHARU, 10 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka membeli dan bermain mercun terutama pada musim perayaan ini.
Beliau berkata bermain bahan letupan berbahaya itu bukan budaya Melayu dan boleh menyebabkan kecederaan dan maut.
"Anggota badan kita ni amanah Allah, jangan bagi jadi kudung tak pasal-pasal.
"Oleh kerana budaya kita sekarang ni masih lagi (terikut-ikut) budaya penjajah tidak bertuan kepada Allah tetapi bertuankan kepada nafsu, maka kita masih lagi meneruskan budaya anak-anak kita membeli mercun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, Jumaat. - Bernama.
Setakat hari ni dah masuk 10 terakhir Ramadhan dah berapa orang yang putus jari akibat main mercun? Entah, aku taktau, malas nak ambik peduli. Tapi yang sahehnya memang dah ada yang putus jari tahun ni macam tahun-tahun sudah jugak.
Pada aku tak cukup TG Nik Aziz sekadar menasihat mak bapak supaya tak beli mercun untuk anak-anak. Pada aku TG Nik Aziz patut lebih keras lagi dalam isu ni.
Kalau kepada blogger yang dia tak berkenan TG Nik Aziz boleh guna perkataan celaka, patutnya dalam isu mercun ni pun TG Nik Aziz guna perkataan setara celaka jugak. Pasainya takdak kebaikan langsung main mercun dalam bulan Ramadhan melainkan keburukan semata-mata.
Tambah-tambah lagi untuk mercun yang dah boleh di panggil bom, sepatutnya TG Nik Aziz kena lebih keras lagi dalam isu mercun ni.
Dalam update status aku dalam Facebook sebelum ni aku tulis
Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Lantak la hangpa setuju ka dak tapi bagi aku doa CELAKA tu memang sesuai.
Lebih CELAKA lagi untuk pegawai PDRM dan Kastam yang makan rasuah dari penjual mercun sempena Ramadhan. Kesian kat budak-budak yang tak berdosa macam gambar kat bawah ni yang jadi mangsa.
[Sumber: Sinarharian] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis