Polis menggesa sekumpulan NGO proreformasi sistem pilihan raya agar tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.
"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan adalah sambutan yang bersangkut paut dengan semua rakyat. Jangan jadikannya isu politik.
"Kita rakyat Malaysia hendak bergembira menyambut kemerdekaan kita yang ke-55.
"Jadi janganlah mana-mana pihak menggunakannya untuk politik mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Shah Alam pagi tadi. - Mkini.
Hari ni pulak Malaysiakini melaporkan:
Program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.Hangpa agak-agak ada peluang nak rasa air kimia dan gas pemedih mata dak malam merdeka di Dataran Merdeka tu nanti, bunga-bunga tu nampak macam dah ada sikit-sikit.
Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk A Samad Said berkata, polis juga salah faham apabila menyangka program itu dianjurkan BERSIH sedangkan ia sebenarnya turut didukung 26 NGO lain.
"Perjuangan itu adalah untuk menuntut janji BERSIH, tidak khusus oleh BERSIH. BERSIH antaranya (yang terlibat).
"BERSIH sendiri pun bukan badan politik. Apa lagi dengan gabungan badan-badan lain yang tidak mewakili siasah (politik)," kata A Samad Said yang lebih dikenali sebagai Pak Samad. - Mkini.
Kalau ada peluang aku pun teringin jugak nak turun tapi kalau takdak peluang nak lepas gian semburan air kimia dan gas pemedih mata malas la aku nak turun KL pasai kat Ipoh pun ada buat jugak.
[Sumber: Mediaperak] |
[Sumber imej atas: SAMM]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis