Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan kemiskinan tidak menjadi kekangan untuk setiap anak bangsa berpeluang mendapatkan pendidikan untuk mengubah nasib mereka, kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung lebih 90 peratus subsidi untuk sektor itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan dalam bidang pendidikan termasuk kemudahan pinjaman seperti Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Pinjaman PTPTN menjadi akses kepada ramai pelajar yang miskin untuk meneruskan pengajian. Kalau kita hapuskan (PTPTN), siapa nak bayar? Menerusi pembayaran balik pinjaman itu, ianya membolehkan kita berbudi (memberi pinjaman) pula pada yang lain. - Mkini.
Kalau betul macam yang Najib kata, kerajaan selama ni dah tanggung 90% subsidi untuk pendidikan, apa masalahnya kalau genapkan terus jadi 100%.
Kalau boleh keluarkan belanja 90% takkan sampai boleh jatuh bangkrap negara kalau keluar lagi belanja 10%. Cuma kena cari tambah 10% ja lagi. 90% bulah dicari takkan lagi 10% pun tak boleh cari.
Tak payah susah-susah pening nak fikir, kalau boleh tutup kebocoran, ketirisan lebih dari tu pun kerajaan mampu bagi. Bukan setakat pendidikan percuma tapi boleh bagi sekali dengan kos sara hidup bagi yang kurang berkemampuan.
Lagi satu bab pinjaman PTPTN tu, kalau dihapuskan kerajaan la yang kena bayar, tapi cuma dalam jangka masa pendek kut, tapi dalam jangka masa panjang student tu sendiri la yang bayar secara tak langsung.
Pelajaran adalah pelaburan yang paling penting untuk masa depan negara. Tak pernahnya rugi kalau melabur dalam pendidikan.
Yang betulnya bukan sangat pasai takut bangkrap ka apa tapi lebih kepada nak jaga kroni yang banyak pegang kepentingan dalam IPTS.
IPTS ni sebenarnya yang sangat-sangat bergantung kepada PTPTN. Kalau takdak PTPTN memang dah lama lingkup IPTS kroni ni, melainkan mungkin beberapa IPTS yang betul-betul berpotensi dan berdaya maju.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis