MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 6 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi bagi rakyat Malaysia di luar negara.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini sambutan terhadap pendaftaran pengundi yang dijalankan di pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di luar negara hambar.
“Selepas enam bulan SPR membuka pendaftaran bagi pengundi luar negara di pejabat kedutaan dan konsul, setakat ini hanya 300 hingga 400 orang sahaja yang mendaftar.
“Yang datang untuk mendaftar paling ramai dalam sehari lima orang.
“Sebelum SPR buka pendaftaran dulu, heboh seluruh dunia seolah-olah begitu ramai pengundi Malaysia di luar negara yang dinafikan hak untuk mengundi,” kata Abdul Aziz.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menjadi pengundi, SPR melantik semua pegawai-pegawai Malaysia di pejabat kedutaan dan pejabat konsul sebagai penolong pendaftar. - TMI.
Aku dah ulas pasai isu ni sebelum ni dalam posting bertajuk "Pengundi luar negara - Ini bukti SPR tak reti buat kerja?"
Antara lain aku tulis
Apanya susah sangat kalau takat nak 'wajibkan' pelajar dan penjawat awam bersama pasangan depa di luar negara untuk daftar sebagai pengundi pos. Tara 'aku janji' yang takdak dalam perlembagaan pun kerajaan boleh buat, boleh 'paksa', inikan pulak benda yang jelas tercatat dalam perlembagaan. - Ibid.Isunya sekarang ni aku rasa bukan depa takmau daftar sebagai pengundi tapi depa takdak maklumat pasai ni. Jadinya pada aku benda ni jadi melambangkan yang Pengerusi SPR tak reti buat kerja.
Kalau dibuat promosi dengan cara yang betul dengan maklumat yang lengkap macamana cara untuk depa mendaftar aku yakin ramai yang akan mendaftar.
Dengan kecanggihan teknologi perhubungan sekarang ni, takdak masalah langsung kalau setakat SPR nak hantar email kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang layak mengundi tu. Takkan wisma putera takdak email depa, takkan kut depa yang belajar atau bekerja di luar negara tu takdak alamat email.
Kalau takdak email pun, kalau setakat nak hantar surat pun takdak masalah. Belambak peruntukan yang kerajaan bagi kepada SPR takkan tak boleh diguna sikit untuk beli stem.
Utusan sebelum ni berkenaan rang undang-undang perbekalan tambahan 2012 ada melaporkan:
"Sejumlah RM360 juta pula akan diperuntukkan kepada SPR, Kementerian Dalam Negeri (RM353.5 juta), Kementerian Pertahanan (RM210 juta), Kementerian Pelajaran (RM195 juta) dan JPM (RM112.9 juta)," katanya. - Utusan.Isunya sekarang ni, adakah SPR betul-betul nak penjawat awam dan penuntut yang ada diluar negara tu mengundi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis
Artikel terkini


Salam bro,
ReplyDeleteAku belajar kt oversea. mmg ada dapat emel dari embassy minta daftar. aku rasa kalo student or rakyat malaysia yg duk oversea akan dpt emel drp embassy (dengan syarat nama mereka ada di embassy melalui pendaftaran dan sebagainya). tu kalau embassy buat kerje la.
Salah satu masalah skang ni kitaorang tak yakin undi tu akan betul2 sampai dan dikira masa hari pengundian. takut diekspoitasi unt UBN. apa jaminan undi kitaorang akan sampai dan dikira betul2? So, kitaorang decide x daftar. Selagi orang x yakin dgn SPR selagi tu lah orang x daftar.
member aku ada jer gi daftar. tapi depa sokong UBN. So, konpem undi depa sampai kot. hehe.
Salam semua...
Deletekita serupa.... dah mcm undi pos askar & polis. baik aku balik nanti baru undi.
Kalau hang take confident undi hang sampai ke Dak hang ikutla kertas undi tu sampai Malaysia. Lepas tu hanghebohkan saja hasil pemantauan hang. Jangan bersangka buruk sebelum menyelidik!!!!!
ReplyDeleteMasalah nya mmg SPR imej nya dah buruk. Tak payah bersangka buruk pun. SPR mmg pengerusi dia org UMNO. Ko rasa? Apa punya bodoh komen suruh ikut pantau. Sapa nak sponsor? ko ke?
Delete