Dari sisi lain, betui ka Uncleseekers penagih morfin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 07, 2012

Dari sisi lain, betui ka Uncleseekers penagih morfin

Bharian melaporkan:
JOHOR BAHRU: Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.
Aku malas nak komen apa-apa pasai berita ni, aku cuma nak kopipes satu perenggan yang yang macam menarik yang MSK tulis dalam MediaPerak.com.
"Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa? Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?" - Media Perak.
Dan kat bawah ni aku kopipes apa yang blogger Umno, http://aku-tak-peduli.blogspot.com tulis pasai hal Uncleseekers dengan morfin ni.
Oleh: aku peduli apa @ APA

Tadi masa Buletin Utama TV3 jam 8 malam menyiarkan berita tentang Uncleseekers positif DADAH jenis 'morphine' aku sedang berada di Cravencafe bersama ramai pelanggan lain. Reaksi hampir kebanyakan pelanggan yang menerima berita itu agak SINIS dan aku tak sampai hati nak siarkan komen komen mereka tentang pihak Polis yang dengan tidak segan silu mereka laungkan sebentar tadi.

Aku rasa ianya berlaku dimana mana saja di Malaysia yang menonton siaran Buletin Utama sebentar tadi walaupun mungkin ada segelintir yang percaya. Maka jadilah berita tadi satu lagi 'cerita lawak' yang susah nak ditelan bulat bulat oleh rakyat, apatah lagi ianya berlaku terhadap 'tahanan lokap' Polis di negeri Selat Tebrau dimana konflik ini berlaku.

Semalam aku ada menyarankan kepada pihak Polis agar melakukan siasatan mereka dengan adil, telus dan saksama terhadap Uncleseekers agar ianya tidak dimanupulasi oleh pihak pihak yang berkepentingan politik dan akhirnya nanti menambah calar imej PDRM yang telah sedia tercalar dan tercemar dengan berbagai isu yang dipalitkan keatas mereka selama ini. Tapi sayang timbul jugak cerita 'kelas lawak' macam ini...

Jadi sebelum aku pergi lebih jauh mari kita bicarakan pasal DADAH.

Kalau cakap pasal DADAH perkara pertama yang terlintas dikepala kebanyakan dari kita ialah imej PENAGIH DADAH yang terketar ketar tidak terurus lagi kotor dan jijik, dan tentunya nama nama DADAH saperti heroine, morphine, ganja, ecstacy, shabu, ice, pil kuda dan ntah apa lagi tok nenek dadah yang aku sendiri tak tahu nak menyebutkan.

Jadi bila Buletin Utama malam tadi menyiarkan berita Uncleseekers positif dadah jenis morphine pastinya semua imej yang aku nyatakan diatas bermain diminda kebanyakan dari kita dan pastinya yang dah tentu anti-Uncleseekers akan mencebik bibir sambil melempar komen... "aku dah kata penagih dadah, patutlah tulis merapu... ". Tapi...

Tahukah kita bahawa semua jenis ubat ubatan adalah DADAH?

Sebiji Panadol atau Asprin juga adalah DADAH saperti jugak dadah dadah yang lain yang tidak terbilang banyaknya. Kalau kita ambil sebiji Panadol atau Asprin untuk legakan sakit kepala kita dipanggil PENGGUNA DADAH.. tapi kalau kita perlu ambil 20 atau 30 biji Panadol atau Asprin sehari kita terlibat dalam SALAHGUNA DADAH atau lebih teruk kita adalah PENAGIH DADAH.

Cuma selalunya penyalahgunaan dan penagih dadah dikaitkan dengan 'designers drug' atau dadah dadah yang dibuat bertujuan untuk KHAYAL, HIGH atau STONE. Tapi aku pernah juga diberitahu oleh seseorang kalau kita kena 6 biji Panadol dengan Coke pun boleh jadi khayal, high dan stone. Tak tahulah sejauh mana kebenaran nya sebab aku pun memang tidak berminat nak mencuba. Jadi kalau ada yang pernah mencuba boleh tak kongsikan pengalaman anda?

Berbalik kepada kisah Uncleseekers tadi, dia didapati 'positif' MORPHINE?Kenapa morphine ya dan tidak ganja atau heroin atau dadah dadah jenis lain?

Sebab MORPHINE adalah proses awal kimia bagi penyediaan dadah yang lebih hebat saperti heroin dan ntah apa lagi tok nenek designers drug. (kalau tak silap aku lah). Jadi apa barang ini Uncleseekers jadi penagih dadah 'KELAS PARIA' ini?Macam kelas 'plastic man'(bangsa apa ya?) yang bersepah kat Pasar Sentul penagih 'samsu haram dalam plastik RM3' sebab tak mampu nak minum Jack Danniel's, Chivas, Black Label dan ntah apa lagi arak mahal. (tanya kaki arak diaorang tahulah apa brand lagi)

Jadi terfikir jugak aku kemungkinan yang membawa kepada Uncleseekers positif MORPHINE adalah sebab sebab perubatan. Kerana dadah jenis MORPHINE banyak digunakan dalam kaedah perubatan sebagai PENAHAN SAKIT terutamanya selepas pembedahan atau untuk tentera yang cedera parah sewaktu dalam peperanganSelain itu MORPH. INE juga digunakan untuk sebagai analgesik di dalam hospital untuk:
  • sakit selepas pembedahan
  • sakit yang berkaitan dengan trauma
  • untuk melegakkan sakit kronik:
  • sakit yang diakibatkan oleh kanser
  • sakit daripada karang ginjal
  • sebagai tambahan untuk anestesia am
  • untuk anestesia epidura
  • untuk penjagaan paliatif, iaitu untuk melegakan sakit tanpa mengubati punca penyakitnya)
  • sebagai antitusif untuk batuk yang teruk
  • sebagai antidiarea untuk keadaan-keadaan yang kronik (misalnya, cirit-birit yang dikaitkan dengan AIDS
  • untuk melegakan sesak nafas bagi pesakit-pesakit yang menghidapi kegagalan pernafasan.
Jadi kita jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Uncleseekers sebagai PENAGIH DADAH hanya kerana air kencing dia positif MORPHINE. Aku pasti ada penjelasan terhadap keputusan makmal siang tadi dan mana tau ianya berkait dengan kes kes yang aku jelaskan diatas sebentar tadi. Apapun kita tunggulah siasatan rasmi pihak Polis selesai kerana aku YAKIN pihak Polis tidak akan sampai melakukan PENGANIAYAAN terhadap Uncleseekers hanya atas sebab nak menyenangkan hati beberapa individu.

GUA YAKIN DENGAN LU ORANG PDRM!

Sumber: UNCLESEEKERS : Cerita Lawak Dari Selat Tebrau..

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...