55 tahun merdeka tapi menteri jadi semakin bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 26, 2012

55 tahun merdeka tapi menteri jadi semakin bangang?

Sinarharian melaporkan:
"PULAU INDAH - Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan bulan depan perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, menepati janji adalah satu nilai universal yang tidak terbatas kepada agama atau kepercayaan tertentu. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
"Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.

"Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim (KM) Marlin di sini, hari ini.

Beberapa pemimpin pembangkang dilapor mempertikai pemilihan slogan itu yang didakwa tidak bersifat kebangsaan dan berbaur politik.

Ahmad berkata, pembangkang harus membesarkan skop pemikiran mereka daripada hanya melihat isu daripada segi politik, kerana ungkapan janji ditepati membawa maksud lebih besar.

"Kalau disebut 55 tahun Barisan Nasional tepati janji, barulah boleh dituduh berbaur politik secara terus," katanya.
Entah apa menteri bangang ni merepek ni aku pun taktau. Kesian sungguh aku... Hahaha...

Macam yang aku tulis sebelum ni, dari guna tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" lagi elok la kalau diguna tema "HIDUP UMNO", boleh jugak jadi sebagai ratib dan doa moga-moga Umno tak terus dikuburkan selepas PRU13 nanti.

Bawah ni logo ciptaan rakyat Malaysia




[Sumber: sozcyili]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...