Kedah dan Selangor kompom bakal dirampas Umno BN pun Najib tak berni bubar parlimen lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 26, 2012

Kedah dan Selangor kompom bakal dirampas Umno BN pun Najib tak berni bubar parlimen lagi?

Itulah realitinya, tu pun kalau kita boleh diambil hasil kajian ilmiah sebagai cerminan realiti.

Malaysiakini melaporkan:
Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini
Kesimpulannya, secara keseluruhan:
69.6% kata BN akan menang PRU13
  - 37.5% kata BN menang majoriti 2/3
  - 32% lagi kata BN menang majoriti mudah

Di Selangor
peringkat DUN 54.1% pilih BN dan 17.4% pilih PR.

Peringkat Parlimen 57% pilih BN dan 20% pilih PR. 
  BN akan menang di 40 kerusi DUN.

Di Kedah,
peringkat DUN 50.7% pilih PR dan 49.3% pilih BN.
  BN kalah tapi mungkin berubah. (???)

Yang lebih menarik lagi dilaporkan
"Purata 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib. Tujuh puluh enam peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. - Ibid
Ikut suka la nak percaya atau tak mau percaya, lagi pun itu cuma hasil kajian benda yang belum berlaku.

Selain dari kajian  Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali  dari UKM tu ada juga kajian oleh Prof Madya Dr. Rohana Yusuf dari UUM.

Yang herannya kajian Dr. Rohana bertentangan dengan hasil kajian Dr. Fuad. Kalau hasil kajian Dr. Fuan Umno BN kalah di Kedah tapi hasil kajian Dr. Rohana pulak Umno BN akan menang di Kedah.

Aku tak berapa nak percaya hasil kajian ahli akademiok dari UUM ni pasai selalu sangat beraksi yang terlebih-lebih nak kipas Umno BN.

Kalau nak baca 'kelentong' Dr. Rohana ni hangpa baca sendiri di Malaysiakini, meluat aku nak kopipes.

Yang aku herannya, Kedah dan Selangor dah 'kompom' akan dapat balik pun Najib tak berani nak bubat perlimen lagi? Kalau Kedah dan Selangor Umno BN boleh menang, takkan Perak nak kalah kut, takkan Negeri Sembilan dan Johor boleh tergugat kut.

Aku harap dengan adanya hasil kajian ilmiah macam ni, cepar-cepat la Najib adakan PRU13. Naik cemuih dah tunggu, sejak dari tahun 2009 lagi dah. Punya la lama, apa kerja pun tak jadi... MACAM SIAL.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...